Sayang,
bukan "Ibu Tumpang' (Part 4&5)
|
|||||||||||||||||||
Tepat jam
enam petang aku turun dari ofis dan duduk di bangku
|
|||||||||||||||||||
batu yang
ada kat tepi jalan tu. Tak nampak lagi kereta abang Firdaus.
|
|||||||||||||||||||
Dalam lima
belas minit menunggu dia sampai. Buka je pintu kereta.
|
|||||||||||||||||||
"Sorry,
abang ada meting tadi, terbabas pulak masa."
|
|||||||||||||||||||
"Tak
pe, tak lama pun tunggu."
|
|||||||||||||||||||
"Kita
makan sekejap ye, abang lapar. Tengahari tadi tak sempat
|
|||||||||||||||||||
nak makan,
minum nestum je."
|
|||||||||||||||||||
Aik sama
pulak dengan aku. Tapi patut ke aku makan dengan dia.
|
|||||||||||||||||||
Kenapa dia
tak nak terus balik rumah je, dan makan dengan isterinya.
|
|||||||||||||||||||
Takkan aku
nak tanya, tak nak la jadi buzy body.
|
|||||||||||||||||||
Dia bawa aku
makan kat Taman Warisan Pertanian, Presint 16.
|
|||||||||||||||||||
Makan kat
sini kena booking tempat duduk. Kalau tak nanti tak kan
|
|||||||||||||||||||
nak makan
berdiri. Dia suruh aku duduk tunggu je.
|
|||||||||||||||||||
"Nak makan
apa?"
|
|||||||||||||||||||
"Apa-apa
je"
|
|||||||||||||||||||
Dia terus
pergi ke gerai yang ada. Kemudian balik dengan bawa
|
|||||||||||||||||||
dua pinggan
nasi ayam. Dia letak atas meja dan berlalu lagi.
|
|||||||||||||||||||
Datang
semula dengan dua fresh orange.
|
|||||||||||||||||||
"Boleh
ye makan macam ni, abang dah tengok semua gerai tak
|
|||||||||||||||||||
ada menu
'apa-apa je'. " Pandai juga dia bergurau.
|
|||||||||||||||||||
Baca doa
sendiri-sendiri je. Lepas tu terus makan, Aku pun memang
|
|||||||||||||||||||
lapar gila.
Dah kenyang ni, balik nanti tak payah la masak maggi.
Tapi abang Firdaus tak kenyang lagi kot. Dia bangun dan datang balik dengan sepinggan roti john. Dia suruh aku makan tapi aku geleng dan cakap kenyang. "Nak makan sendiri ke atau abang suap?" Dia mula main ugut-ugut pulak. Sudahnya aku ambil sepotong dan makan. "Emm sedap." habis sepotong, aku makan sepotong lagi. Abang Firdaus ambil tisu dan lap bawah bibirku. Terkejut tahap tak boleh nak cakap dah. Aku pandang je dia. "Comot." Katanya selamba. Aku rasa muka aku macam panas je. Nasib baik dengan tisu, kalau jari dia sentuh mahu pengsan aku. Kenyang tahap gaban, rasa macam dah tak larat nak bangun. Hari kerja orang tak ramai sangat. Aku biasa datang sini hujung minggu, nak beli roti ni beratur punyalah panjang. |
|||||||||||||||||||
Sejak kerja
kat Putrajaya ni nak sembang dengan kawan serumah
|
|||||||||||||||||||
pun macam
dah tak sempat. Penat, sebab sebelum ni tak pernah
|
|||||||||||||||||||
kerja jauh-jauh.
Balik awal, boleh masak dan makan sama-sama.
|
|||||||||||||||||||
Ni asal
lepas isyak je aku terus tidur. Kadang belum isyak dah tidur.
|
|||||||||||||||||||
Jaga tengah
malam baru solat isyak. Entah apa cerita Maya dan
|
|||||||||||||||||||
Farah. Aku
pun rasa macam dah lama tak dengar suara dia orang
|
|||||||||||||||||||
borak-borak
sambil tengok TV.
|
|||||||||||||||||||
Lepas abis
makan kami solat maghrib kat Masjid Putra,
lepas tu |
|||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||
Dia juga ajar aku melalui jalan
|
|||||||||||||||||||
Kawasan situ banyak kedai makan, lagipun
|
|||||||||||||||||||
dia kata aku
boleh lalu situ masa dah balik kerja sendiri nanti.
|
|||||||||||||||||||
Minum pagi
aku menolak dengan berbagai alasan kalau dia ajak
|
|||||||||||||||||||
aku sarapan
dulu. Tapi petang dia tak pernah tanya. Terus pergi
|
|||||||||||||||||||
dan lepas
solat maghrib baru balik. Terfikir juga aku tak hairan ke
|
|||||||||||||||||||
isterinya
seminggu dia tak makan dirumah. Aku tak akan tanya
|
|||||||||||||||||||
kalau dia
tak cerita. Cukup la apa yang dia bagitau aku sebelum
|
|||||||||||||||||||
ni. Tak baik
tanya hal rumahtangga orang. 'Yang ko dok menumpang
|
|||||||||||||||||||
kereta laki
orang tu hari-hari baik ke. Siap pergi makan lagi?'
|
|||||||||||||||||||
Part yang ni
aku terpaksa, ok. Lepas ni kereta aku dah siap
|
|||||||||||||||||||
aku tak nak
dah terlibat dengan laki orang ni. Past is past.
|
|||||||||||||||||||
Hari
terakhir dia hantar aku.
|
|||||||||||||||||||
"Esok
pagi dia orang hantar kereta."
|
|||||||||||||||||||
Bersinar
mata aku dengar suaranya.
|
|||||||||||||||||||
Tapi muka
dia macam sedih je.
|
|||||||||||||||||||
"Berubah
la jadual abang minggu depan."
|
|||||||||||||||||||
Owhh…begitu
rupanya. Patutnya lagi la senang, tak perlu nak
|
|||||||||||||||||||
susahkan
diri jemput dan hantar aku.
|
|||||||||||||||||||
"Nanti add
abang kat fb ye. Abang cari nama Fatin tak jumpa,
|
|||||||||||||||||||
mesti Fatin
guna nama lain."
|
|||||||||||||||||||
Memang aku
guna 'nama samaran' , tapi tak aktif sangat pun.
|
|||||||||||||||||||
Nak buka
seminggu sekali pun malas. Masa belajar dulu rajin la
|
|||||||||||||||||||
update
status, chating.
|
|||||||||||||||||||
Hari ini dah
lebih seminggu aku tak menumpang kereta.
|
|||||||||||||||||||
Lega rasanya
bila dah bawak kereta sendiri semula. Takut
|
|||||||||||||||||||
sebenarnya bila
dah termakan budi, lebih-lebih lagi lelaki yang
|
|||||||||||||||||||
tak
dikenali.
|
|||||||||||||||||||
Dalam leka
aku buat kerja tiba-tiba hp ku berbunyi. Tengok
|
|||||||||||||||||||
pemanggil
hati aku jadi berdebar-debar. 'Dia nak apa', aku
|
|||||||||||||||||||
biarkan sampai
deringan berhenti. Tak lama bunyi lagi.
|
|||||||||||||||||||
Aku angkat
separuh hati.
|
|||||||||||||||||||
"Assalamualaikum,
Fatin kat mana?"
|
|||||||||||||||||||
"Waalaikum
salam, ada kat ofis."
|
|||||||||||||||||||
"Abang
ada depan ofis Fatin, jom lunch."
|
|||||||||||||||||||
Aku pandang
jam kat monitor, dah pukul satu rupanya.
|
|||||||||||||||||||
Mahu tak
mahu aku keluar juga, dah dia dah ada depan ofiskan.
|
|||||||||||||||||||
Kami makan
kat Nasi Minyak House kat Presint 15. Masuk saje
|
|||||||||||||||||||
semerbak bau
nasi minyak, macam pergi kerumah kenduri kawin.
|
|||||||||||||||||||
Ramai
pelanggan sedang menikmati hidangan, maklumlah
|
|||||||||||||||||||
tempat ni
dah masuk JJCM popular la gitu. Aku makan nasi
|
|||||||||||||||||||
minyak+ayam
goreng berempah. Abang Firdaus makan nasi
|
|||||||||||||||||||
minyak+ayam
masak merah. Dia potong ayam dia sikit bagi
|
|||||||||||||||||||
kat aku,
terkedu aku. Pastu dia ambil ayam goreng berempah
|
|||||||||||||||||||
aku sikit
je, terus masuk mulut, "not bad". Dia kata lagi:
|
|||||||||||||||||||
"Fatin tak
pernah makan kat sini lagi kan? Kena rasa lauk lain,
|
|||||||||||||||||||
nanti kalau
datang lagi kita makan daging pulak ye."
|
|||||||||||||||||||
Memang sedap
makanan kat sini. Dalam hati aku tetap rasa
|
|||||||||||||||||||
beruntung juga
dapat kenal dengan abang Firdaus. Sepanjang
|
|||||||||||||||||||
aku kerja
kat sini mungkin susah juga nak mengelak dari dia.
|
|||||||||||||||||||
Tak dapat
makan malam, time lunch dia ajak aku.
|
|||||||||||||||||||
Part 5 Masa berlalu dengan begitu pantas, dan hari ini adalah hari terakhir aku bekerja di Putrajaya. Pada abang Firdaus tidak aku maklumkan. Biarlah dia, aku tak mahu nanti dia nak tahu pulak ofis aku di Ampang. Untuk sementara waktu ni aku nak jauhkah diri darinya. Sampai masa aku cukup duit nak bayar hutang repair kereta pasti aku yang akan mencarinya... Seminggu aku bekerja semula di Ampang tidak lah sesibuk di Putrajaya. Balik pun awal dan aku mula mencari kerja part time di waktu malam. Selepas ini mungkin aku akan lebih sibuk lagi, tapi tak apa yang penting aku dapat bayar hutang dan biayai rawatan ibu. Ibu mengidap sakit buah pinggang dan terpaksa menjalani dialisis tiga kali seminggu. Semua aku terpaksa meminta tolong dari jiran ibu dikampung untuk menghantar dan mengambil ibu berulang alik kehospital. Namun aku tidak boleh terus melepaskan tanggungjawab ini. Aku tetap menanggung segala kos yang dikeluarkan. Aku seorang saja anak ibu. Bila ingat ibu rindu pulak rasanya, walaupun hampir setiap hari mendengar suaranya namun tak sama andai dapat bercakap sambil menatap wajahnya. Sejak akhir-akhir ini suara ibu juga kedengaran seperti tidak begitu sihat. Namun aku tau ibu sengaja mahu menyembunyikan dari aku dengan mengatakan dia baik-baik saja. Hujung minggu nanti aku akan balik untuk menjenguk ibu, sekejap pun jadilah. Aku telah memulakan kerja separuh masa di restoran makanan segera KFC. Empat jam saja sehari, petang hingga malam. Andai hujung minggu aku boleh kerja lebih empat jam. Harap dapatlah aku mengumpulkan wang. Abang Firdaus juga sudah tidak menghubungi aku sejak aku katakan padanya yang aku terlalu sibuk, dan aku berjanji untuk menghubunginya selepas aku menyelesaikan segala masalah. Nasib baik dia faham, kalau tak lagi tambah serabut kepala ni. Satu hari dihujung minggu balik dari kerja siang aku dapatlah berbual dengan rakan serumah, Farah dan Maya. Sejak akhir-akhir ni sibuk betul sampai rindu nak bergurau dengan mereka. "Aku tengok sibuk betul kau ye." Kata si Farah sambil makan ayam KFC yang aku bawa. "Ye la, aku tenguk muka kau pun dah macam tak bermaya je." Tambah Maya pulak. "Aku banyak nak pakai duit ni. Nanti kalau semua dah selesai aku tak la kerja macam ni lagi." "Dah lama kita tak keluar jalan-jalan. Jom tengok wayang, aku belanja." Farah menawarkan diri. Penat aku sebenarnya namun untuk tidak menghampakan dan aku pun sebenarnya rindu nak keluar bersama-sama akhirnya kami bertiga keluar juga. Mungkin ini yang terakhir memandangkan Maya akan berkahwin dua bulan akan datang. Tinggal la aku dengan Farah saja, tetapi kami tak kan cari pengganti Maya memandangkan rumah ni akan dibeli oleh Farah dan dia merancang untuk terus tinggal disini. Nasib la kalau Farah nak kahwin aku kena la cari tempat tinggal yang lain. Buat masa sekarang aku tak mahu fikir lagi... Sejak kebelakangan ini hati aku rasa seperti tidak selesa. Pergerakanku seperti ada yang mengekori. Balik kerja malam juga kadang buat aku rasa tak selesa, takut pun ia. Ayat Kursi sentiasa meniti bibirku. Semoga aku sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Lama kelamaan aku seperti lupa. Mungkin selama ni hanya perasaan aku saja. Mana mungkin orang jahat mengekori aku sehingga begitu lama tidak berbuat apa-apa... |
Friday, December 7, 2012
Labels:
E Novel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment