Sayang, bukan 'Ibu Tumpang' (Part 9)
Seperti yang dijanjikan hujung minggu aku pulang ke kampung
membawa abang Firdaus menemui ibu.Pada awalnya ibu amat
tidak bersetuju memandangkan dia sudah beristeri. Ibu mana
yang sanggup anaknya hidup bermadu, namun entah apa yang
abang Firdaus katakan akhirnya ibu dengan senang hati melepaskan
aku untuk hidup bersamanya. Aku pun bukan mengharap sangat ibu
merestuinya. Lebih baik kalau ibu tidak bersetuju, hatiku memang
mengharap sebegitu. Tiada lagi cara lain untuk aku melepaskan diri
dari semua ini. Namun bila ibu telah menerima abang Firdaus sebagai
bakal menantu, aku tau inilah yang terpaksa aku lalui. Ibu pula tak perlu
tahu yang anaknya ini hanya berkahwin untuk mendapatkan wang
bayai perubatannya dan untuk memberikan zuriat pada abang firdaus.
Minggu berikutnya abang Firdaus membawa emaknya pula menemui
ibu, tapi ketika itu aku tidak turut menyertainya kerana ada urusan kerja
yang tak boleh ditinggalkan. Aku akan pulang sendirian pada minggu
berikutnya.
Kita hanya merancang, namun Allah yang menetukan segalanya.
Pagi itu waktu aku baru memulakan kerja sesuatu yang tak terduga
telah terjadi pada ibu. Aku dikejutkan dengan panggilan dari Mak Nah,
jiran ibu yang sering membantu selama ini. Aku dikhabarkan ibu jatuh
dan kini sedang dirawat dihospital. Tanpa berfikir panjang aku terus
memohon cuti kecemasan dan mengambil keputusan memandu
pulang ke kampung. Dari KL ke Teluk Intan hanya mengambil masa
kira-kira dua jam setengah jika melalui lebuhraya. Tempat yang akan
aku tuju adalah Hospital Teluk Intan kerana ibu berada disana.
Sampai saja dihospital aku dimaklumkan ibu telah dimasukkan ke
Unit Rawatan Rapi(ICU) dan tidak dibenarkan melawat. Namun aku
merayu dan setelah dimaklumkan yang aku ini anaknya doktor
membenarkan aku melihat namun cuma sekejap saja. Lagipun
keadaan ibu masih kritikal dan tidak sedarkan diri. Aku terus setia
menunggu diluar ICU. Mak Nah dan suaminya Pak Salim memohon
untuk pulang.
"Mira dah ada ni Mak Nah balik dulu yer. Esok Mak Nah datang lagi.
InsyaAllah." Kata mak Nah sambil memegang tanganku.
InsyaAllah." Kata mak Nah sambil memegang tanganku.
Aku angguk beberapa kali sambil menahan airmata dari mengalir.
"Terima kasih banyak. Mak Nah balik la rehat. Kalau ibu sedar nanti
Mira telefon mak Nah." Kataku menyedapkan hatinya dan hatiku sendiri.
Kami berpelukan sebelum mak Nah berlalu.
Ketika aku bersendirian di bilik menunggu ICU telefon berdering sekali
lagi. Sebenarnya sedari aku memandu tadi entah dah berapa kali
berbunyi namun aku biarkan saja. Aku hanya fokus pada pemanduan
dan fikiran hanya ingin cepat sampai ke destinasi.
"Assalamualaikum, Fatin kat mana ni sayang." Kelam kabut suara
abang Firdaus. Agaknya dia ingat aku lari setelah menerima wang
pendahuluan dari isterinya sampai panggil aku sayang. Agak jahat
andaian aku padanya.
"Waalaikum salam. Fatin kat kampung, ibu sakit."
"Kenapa tak beritahu abang? Fatin balik bila? Sendiri ke?"
Banyaknya soalan.
"Tak sempat nak beritahu abang, Fatin kelam kabut tadi."
Aku tak jawab semua.
"Abang datang sana yer." katanya seperti meminta izin.
"Tak payah la, Fatin pun kat hospital ni."
"Ibu macam mana?"
"Ibu kat ICU, tak sedar lagi.Fatin pun tengok sekejap je tadi, doktor
tak benarkan." Aku dah mula menangis.
"Fatin." dia memanggil. Aku tak mampu nak bersuara. Akhirnya
aku tutup telefon.
Tak lama kedengaran nada sms, aku buka.
~Abang akan cuba datang secepat mungkin. Sayang sabar yer.
Aku biarkan sms tanpa membalas.
Sejak berjumpa tempuh hari abang Firdaus memang memanggil
'ibu'. Kini aku pula sering dipanggil 'sayang'. Dengan sikapnya
yang begitu prihatin, aku takut seandainya jatuh cinta nanti. Aku
harus ingat tujuan perkahwinan ini, dan tak mahu andai perasaan
cinta hadir aku yang akan kecewa nanti.
Sehingga lewat malam aku masih menunggu dihospital, takut
pulak nak balik sorang-sorang. Akhirnya aku mengambil keputusan
untuk balik lepas subuh keesokan paginya. Berehat sekejap
sebelum kehospital semula pada waktu tengahari.

Di rumah sedang aku berehat sementara menunggu tengahari | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
untuk ke hospital semula dapat panggilan dari abang Firdaus. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
"Assalamualaikum, Fatin kat mana? Fatin ok?" | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
"Waalaikum salam. Fatin kat rumah, jap gi nak pergi hospital." | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
"Abang on the way ni, dalam satu jam sampai la. Abang terus | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
kehospital ye, jumpa Fatin kat sana." | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Betul-betul abang Firdaus datang. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sampai hospital abang Firdaus dah siap tunggu berhampiran | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
pakir kereta. Nampak je terus dia menghampiri aku. Waktu tu | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
baru pukul 12.00 tengahari. Ada setengah jam lagi baru boleh | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
masuk melawat. ICU ni bukan macam ward lain. Kawalan agak ketat, waris terdekat pun hanya boleh melawat pada waktu yang ditetapkan. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
No comments:
Post a Comment