Sayang, bukan 'Ibu Tumpang' (Part 11) |
|
|
|
Jam
empat pagi aku dikejutkan dengan suara lantang
pengawal
ICU yang mencari waris ibu. Abang Firdaus segera
menghampiri. |
|
"Fatin, tabahkan hati. Ingat Allah, terima yang berlaku dengan redha. Abang sentiasa ada disisi Fatin."
|
|
Kami
dibenarkan masuk dan bacakan surah Yassin buat ibu. |
|
Aku
dekati kepala ibu dan bisikkan 'Kalimah Syahadah' di telinga.
Abang Firdaus baca Yassin disisi katil bertentangan dengan ku. |
|
Aku
pegang kaki ibu yang sejuk. Jari-jari tangan ibu juga sejuk. |
|
Aku
pandang dadanya yang berombak agak kuat. Dahi dan |
|
bawah
mata ibu berpeluh. Bulu romanya menegak bermula |
|
dari
pergelangan dan terus ke lengan. Kakiku seolah tidak menjejak
tanah dan berada di awangan. Aku tak sedar… |
Aku
nampak ibu berdiri dihadapanku sambil tersenyum. Wajah |
|
ibu
bercahaya, aku tutup mata(silau). Kemudian aku nampak |
|
abah,
ibu senyum pada abah. Abah pimpin tangan ibu dan tinggalkan
aku. Aku jerit panggil ibu, panggil abah. Ibu berpaling, tersenyum
sambil gelengkan kepala. Aku sedih sangat dan menangis.
Abah
dan ibu tinggalkan aku sorang- sorang…… |
Aku menangis dan
terus menangis…… |
|
Aku
mendengar nama ku dipanggil perlahan, terasa juga pipiku
ditepuk-tepuk. Bila mata terbuka je mak Nah ada didepanku.
Kami berpelukan dan menangis. Mak Nah pimpin aku ke
surau
untuk menunaikan solat subuh.
Usai solat mak Nah hampiri aku. |
|
"Mira sabar ye, tak baik menangis macam ni. Kalau Mira | |
sayang ibu, Mira kena redha. Biar ibu pergi dengan tenang." |
Aku dah tak boleh nak fikir atau cakap apa-apa. | | |
Aku diam dan angguk saja, dalam hati hanya Tuhan yang tau. | |
Aku kehilangan satu-satunya insan yang paling aku sayang. | |
Aku dah tak punya siapa-siapa lagi. |
|
|
Tidak jauh dari tempat aku dan mak Nah kelihatan abang Firdaus | |
sedang bercakap sesuatu dengan Pak Salim suami mak Nah. | |
Mak Nah cakap nak pihak hospital buat urusan mandi dan | |
kafan jenazah sekali. Lepas kafan nanti terus bawa ke masjid | |
kampung dan terus kebumi. Orang kampung dah diberitahu | |
untuk semua urusan tu. Menguruskan jenazah kena segera, | |
tak baik kalau dilengah-lengahkan. | | | |
Sebelum zohor semua urusan telah selesai. Apa yang dapat | |
aku katakan perasaan aku seperti sangat sunyi. Aku duduk | |
diberanda rumah ibu. Aku suka duduk disini dengan ibu dulu, | |
bercerita apa saja. Semuanya terbayang bagai layar di | | |
hadapan ku. Kata-kata ibu yang lembut, gelak tawanya tak | |
kan menemaniku lagi. | | |
Terlalu cepat ibu pergi meninggalkan aku. Walaupun sedih namun
aku redha. Ibu dah lama menderita sakit. Sampai satu tahap ibu | | |
sudah tidak mahu bergantung pada mesin. Allah telah menjemput ibu kembali kepadaNya. |
|
|
| | | | | | |
|
|
| | | | | | |
Kelihatan keretaku masuk kehalaman rumah, berhenti dan | |
abang Firdaus keluar dari bahagian pemandu. Dia senyum | |
dan hulurkan kunci padaku. | | | | |
"Abang mintak tolong budak-budak moto kat kat depan tu | |
hantar abang kehospital tadi." | | | | |
Pandai dia, pagi tadi dia tak benarkan aku memandu sendiri | |
keretaku. Dia kata biarkan dulu nanti dia uruskan. | | |
"Terima kasih banyak, tak terbalas budi baik abang." | | |
"Tanggungjawab sesama kita, mana tau nanti abang perlukan | |
bantuan Fatin pulak." | | | | | |
"Apalah yang boleh Fatin bantu." | | | | |
"Kita tak tau apa akan berlaku masa depan. Dah la jangan | |
fikir bukan-bukan. Malam ni diorang nak buat 'tahlil' kat surau. | |
Abang dah minta tolong mak Nah uruskan makanan." | | |
Aku tak teringat langsung pasal kenduri. | | | |
Abang Firdaus menyambung kata. | | | |
"Buat tahlil tiga malam guna duit orang sedekah tadi, | | |
mak Nah kata cukup." | | | | |
Lega hati ku dengar, ingatkan Abang Firdaus yang | | |
keluarkan belanja tadi. | |
Usai majlis tahlil malam tu abang Firdaus kembali ke hotel. Mak Nah temankan aku tidur dirumah ibu. Biarpun aku sudah meyakinkan mereka yang aku tak apa-apa tapi tetap tidak dibenarkan tidur sendirian. Mungkin mak Nah pun risau, takut abang Firdaus tidur di rumah kot. Mana lah tau kan... Tapi aku yakin abang Firdaus bukan jenis yang begitu.
Teringat ketika tanpa sengaja aku telah terdengar perbualan telefonnya dengan seseorang petang itu. Pasti dengan kak Zah, isterinya. "I kat kampung Mira, ibunya meninggal." Senyap, agak lama. "Kan I dah inform you semalam, meninggal pagi tadi. Esok baru I balik KL." Diam lagi. Pasti mendengar kata-kata orang disana. "Bukan ini yang you nak sangat ke? I sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai bakal suami. Salah ke?" Diam lagi. "I tau la. Esok I balik kita settle." Tanpa salam perbualan ditamatkan.
Aku sudah membuat keputusan membatalkan untuk kali yang kedua. Ibu sudah tiada, aku tak perlukan duit yang banyak lagi. Deposit yang dah diterima akan aku pulangkan semula. Aku belum usik pun duit tu. Biar apa sekalipun reaksi mereka aku tak peduli. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment