Kemana pun aku lari andai telah ditetapkan jodohku tak mungkin
aku dapat mengelak. Seperti kali pertama setelah aku mengetahui
bahawa lelaki itu adalah dia, kali kedua juga keadaan tetap sama.
Aku tak dibenarkan untuk menolak, sebanyak mana pun alasan yang
kuberikan, tetap tidak boleh diterima. Akhirnya aku terpaksa rela.
Betapa segala yang berlaku adalah aturan yang telah di tentukan.
Segalanya indah dan ada hikmah yang tersembunyi.
Muhammad Faiz Aiman bin Muhammad Firdaus, cahayamata
tanda kasih aku dan abang Firdaus lahir selepas empat puluh
minggu aku bergelar isteri. Suamiku ini sentiasa menemani
sepanjang masa dari awal kehamilan hingga buah hati kami ini
selamat dilahirkan. Apakah dengan kelahiran ini juga akan
menjadi penamat kepada hubungan kami.
________________________________________________
Terleka aku dalam mengimbau kisah lama. Habis sahaja makan
bersama setelah berpisah dulu, kini abang Firdaus membawa aku
terus kehospital. Aku dan kak Zah dibiarkan bersendirian selama
beberapa ketika sebelum abang Firdaus menghantar aku pulang
kerumah yang baru dibelinya. Sebelum pulang kami singgah dirumah
mummy kak Zah untuk mengambil Aiman yang ditinggalkan bersama
orang gajinya.
"Home sweet home sayang. Rumah kita, abang tak nak sayang
ingat kenangan pahit rumah lama tu."
"Tapi ada juga kenangan manisnya kan?" Aku cuba tidak
menunjukkan kesedihan.
"Takut yang pahit sayang ingat lebih." Katanya sambil memegang
pipiku. Aku buat muka tak ada perasaan.
"Jom kita masuk." Dia bawa beg dan sebelah tangannya memeluk
bahuku.
"Bila abang beli rumah ni, tak bagitau pun?"
"Dekat setahun, masa Aiman belum lahir lagi. Ingatkan nak buat
surprise bila dah siap, tapi lain pulak jadinya."
Aku beri senyuman padanya. "Surprise la jugak ni."

Biar apa pun yang pernah dia lakukan | |||||||
padaku sedikit pun aku tak kan berdendam atau | |||||||
menyalahkannya. Aku sedia membantu apa saja untuk | |||||||
tidak terlalu membebankan suamiku. | |||||||
"Terima kasih sayang, kembali pada abang." | |||||||
Aku berikan senyuman yang paling manis. Malas nak | |||||||
bersuara. Ketika itu aku berada dibilik baru lepas | |||||||
menidurkan Aiman. Dah besar anakku dan keletahnya | |||||||
yang sudah pandai ketawa buat aku rasa nak menangis. | |||||||
Enam bulan aku tinggalkan, abang Firdaus kata dia | |||||||
susah untuk menerima susu formula. Dia tak tau | |||||||
betapa aku terseksa bila air susu yang terlalu | |||||||
banyak tidak dapat dikeluarkan dan aku demam. | |||||||
"Kasihan Aiman, sebab sikap terburu-buru papa, dia | |||||||
hilang belaian tangan mama."Katanya pada Aiman yang | |||||||
sedang tidur. Aku tau ia lebih ditujukan padaku. | |||||||
"Papa, kita lupakan. Sekarang kan mama dah balik." | |||||||
Kataku seolah-olah Aiman yang memberitahunya. | |||||||
Dia senyum tapi matanya berkaca. | |||||||
"Maafkan abang sayang." | |||||||
"Fatin dah lama maafkan abang, kalau abang tak mintak | |||||||
pun kemaafan tu dah lama Fatin beri. Syurga Fatin kan | |||||||
dibawah redha abang." | |||||||
Dia melingkarkan tangannya ke pinggang ku, dahiku di | |||||||
cium lama. | |||||||
"Terima
kasih sayang." |
|||||||
Malam tu kami berbaring dengan Aiman ditengah katil. | |||||||
Meng'update cerita sepanjang enam bulan tidak bersama. | |||||||
Sungguh aku tidak menyangka kak Zah sanggup memberi | |||||||
aku ubat tidur dan mengupah lelaki untuk membuat abang | |||||||
Firdaus salah sangka. Suami mana yang tidak kecewa bila | |||||||
balik dari kerja nampak lelaki lain keluar dari bilik tidur | |||||||
isterinya. Bukan juga abang Firdaus menuduh tanpa | |||||||
usul periksa. Dicari lelaki itu dan ternyata cerita fitnah | |||||||
yang di bawa boleh buat sesiapa pun akan percaya. | |||||||
Lelaki itu mengaku bahawa aku kekasihnya sejak dari | |||||||
zaman belajar dulu. Selepas melahirkan anak aku akan | |||||||
kembali padanya. Bukan hanya dengan kata-kata tapi | |||||||
beserta gambar aku dan dia yang kelihatan sangat mesra. | |||||||
Selepas aku pergi baru abang Firdaus membawa gambar | |||||||
tu untuk disahkan sama ada betul atau tidak. Dan | |||||||
keputusannya berpihak padaku. Aku tak bersalah, gambar itu sengaja diadakan untuk menghianati aku. | |||||||
Disebabkan kak Zah terlibat dan mengaku | |||||||
serta memohon maaf kes ini tak jadi dipanjangkan. | |||||||
"Nasib baik gambar tu abang ambil kan, kalau tak | |||||||
mesti sampai sekarang…" | |||||||
Abang Firdaus meletakkan jarinya ke bibirku. | |||||||
"Jangan sebut lagi, mulai sekarang abang nak bahagiakan | |||||||
sayang sampai sayang lupa kekecewaan dulu." | |||||||
Aku angguk kepala dan senyum padanya. | |||||||
Kini baru aku tahu punca sebenar kenapa abang Firdaus marah benar hingga terjadinya perpisahan kami. Selama ini aku kira segalanya kerana mengikut perjanjian dulu. Setelah cukup dua bulan usia Aiman aku seharusnya pergi meninggalkan mereka. "Sayang! termenung lagi. Abang kat depan mata pun sayang entah dah sampai mana." Termalu aku dengan sapaannya. "Eh! Abang tak ke hospital ke malam ni." Soalan nak tutup kekalutan dalam diri aku sebenarnya. |
|||||||
"Tak sayang, dia orang suruh abang rehat. Malam ni | |||||||
adik kak Zah nak jaga." | |||||||
"Kalau macam tu tidur la." | |||||||
Aku letakkan tapak tangan ke pipinya, dia pegang belakang | |||||||
tapak
tanganku membawa kebibir dan mengucupnya. "Abang rindu." |
|||||||
Sungguh, aku juga amat merinduinya… |