Monday, September 5, 2011

Semakin maju tapi semakin sunyi...(Part 2)

Ramai anak-anak membawa ibu tinggal bersama di bandar.
Dengan adanya facebook dapatlah mengesan beberapa
teman baik yang sama sekolah dahulu. Yang tinggal tidak
begitu jauh dari kampung, semasa cuti raya cuba la untuk
bertemu sambil menziarahi ibunya yang telah uzur.

Gembira bercampur sedih bila dapat bertemu semula.
Gembira setelah sekian lama tidak bertemu akhirnya dapat
bertentang mata dan berpelukan pada hari yang mulia.
Sedih bila mengenangkan saat indah dikampung dulu.
Walaupun keadaan pasti tak sama macam dulu tapi
kemeriahan pasti dapat dinikmati kalau setiap kali hari
raya boleh balik dikampung.

'Seronok korang boleh balik kampung lagi ye'. Itu kata-kata
yang keluar dari mulut rakan. Setelah ayahnya meninggal dan
ibunya uzur(kira-kira empat tahun lalu) akibat diabetis(kakinya
pula terpaksa dipotong) dia membawa ibunya tinggal bersama.
Hajat hati sesekali akan balik kekampung, terutama menjelang
raya. Tetapi semuanya hajat hati tidak kesampaian.

Apa yang terjadi dirumah kampungnya lebih menyedihkan.
Rumahnya dijadikan sarang penagih. Semua perabut telah
hilang,dan yang tinggal pula sudah tidak boleh digunakan lagi.
Perkakas menagih bersepah disana-sini.


Saturday, September 3, 2011

Semakin maju tapi semakin sunyi...(Part 1)

Meriah menyambut Hari Raya di kampung halaman.
Beruntung sungguh saya yang punya kampung. Tapi
kemeriahan tak sama macam masa saya kecil-kecil
(muda-muda) dulu. Kampung terasa semakin sunyi.

Kemeriahan hanya terasa didalam rumah. Bila adik-
beradik dapat berkumpul bersama-sama ibu memasak
dan menikmati juadah hari raya. Bapa telah lebih lapan
tahun tidak bersama. Masa arwah bapa ada rasa raya
lebih meriah berbanding ketiadaannya.

Banyak rumah yang tidak berpenghuni dah kelihatan
usang. Sepuluh @ lima belas tahun lagi(kalau umur
saya panjang) entah macam mana pulak keadaannya.

Kalau lima tahun lepas bila balik beraya saya boleh
mengunjungi rakan-rakan (masa sekolah) di rumah
ibubapanya. Tahun ni keadaanya berubah sama sekali.
Ramai ibu(sudah manjadi balu) tidak lagi tinggal di
rumah kampung. Dalam keadaan kesihatan yang tidak
begitu baik, memang tak sesuai membiarkan ibu tinggal
berseorangan di rumah.


Tuesday, July 26, 2011

Pembukaan Blog Kedua.

Assalamualaikum....
Apa yang di tulis dalam blog sekadar cerita untuk
dikongsi bersama pembaca. Maaf sekiranya ada
yang menyinggung perasaan.