Protected by Copyscape Duplicate Content Detection Tool

Friday, November 30, 2012

Sayang, bukan 'Ibu Tumpang' (Part 1)

"Assalamualaikum"
Terkejut aku dengan sapaan suara yang amat aku rindu.
"Waalaikummus salam" aku jawab dengan perlahan dan 
hampir tidak kegengaran.
Dia terus menarik kerusi dan duduk dihadapanku. Merenung
wajah ku dengan pandangan kasih sayang dan penuh kerinduan.
Betul kah dia merindui aku. 
"Sayang apa khabar". Dia masih memanggil aku begitu.
"Baik, macam yang abang nampak". Aku berikan senyuman.
"Tapi sayang makin kurus". Perihatin betul dia dengan susuk 
tubuhku. Memang betul timbangan berat badan ku semakin 
menurun. Sejak enam bulan ni aku langsung tak punya selera 
makan. Makan sekadar untuk mengisi perut supaya aku 
bertenaga untuk bekerja dan meneruskan kehidupan.
Pertemuan pertama selepas enam bulan berpisah ini aku 
rasakan amat janggal. Aku begitu kekok untuk berbicara.
Dia pun nampaknya seperti berfikir dan terlalu berat untuk 
mengeluarkan kata-kata.
"Abang mintak maaf..."
"Abang tak salah apa-apa, tak perlu mintak maaf". tak sempat 
dia habis kata aku dah potong.
Dia senyum. 
Aku tunduk dan senyum sendiri. Malu kot. "Sorry"
"Kak Zah sakit, dia nak jumpa sayang"
"Sakit apa?"
"Macam dulu, tak sangka datang balik dan merebak dengan cepat.
Doktor pun tak mahu bagi harapan lagi. Kemoterapi dah tak 
memberi sebarang kesan."
Kami terdiam seketika. Bila hidangan sampai dia senyum.
"Masih ingat lagi. Jom makan dulu.  "
Mana mungkin aku lupa apa saje kegemarannya.
Kalau lah dia tahu keadaan aku selama berjauhan dengannya...


Dua tahun yang lalu...


Hujan lebat sejak sebulan ni dah jadi perkara biasa waktu aku 

balik kerja. Setiap hari aku kena tempuh suka ataupun tak suka.
Petang ini agak malang bagi aku. Ketika disusur keluar tiba-tiba 
aku rasa seperti sangat licin. Aku brek berkali-kali tapi tidak 
memberi kesan. Keretaku berpusing kekiri kanan jalan dan
DUUMMM!!!
MYVI ku melanggar HARRIER. Harrier terbabas juga sedikit.
Aku statik di tempat duduk pemandu keretaku.PANIC. 'Ape dah 
jadi ni'. 
Seseorang mengetuk cermin tingkap. Aku buka pintu perlahan.
"Are you ok".
"Yes, i'm ok".
Jalan dah mula sesak, biasa la bila kemalangan tak kira kecil 
ke besar. Ramai yang perihatin nak tolong. Tolong tengok.
Tapi tak juga, ada dua tiga kereta berhenti dan tolong tolak
kereta ku ke tepi. Betul-betul di belakang harrier yang ku sondol
tadi. Pemandu harrier tadi mengucapkan terima kasih dan meminta
mereka meneruskan perjalanan. Yang lain nanti dia uruskan. Dia 
kembali mendekati aku yang berdiri disisi kodok malang ni.
"Kereta teruk ni, kanan, kiri, depan, belakang."
Aku pandang arah yang ditunjukkan. Maakkk!!!
'Apa aku nak buat ni'. Rabak habis, lampu pecah.
"Your car?"
Dia angkat bahu. Aku pandang keretanya yang dah di pakir
elok di depan kereta ku. Kemeknya sikit tapi cermin lampu 
sebelah kiri semua pecah. Tak tau la macam mana accident 
tadi.
"Kenapa tadi? Jalan licin?"
"A'ah, tiba-tiba je. Tak tau nak cakap camne"
"Biasa lepas hujan jalan kat sini memang licin. Kena hati-hati.
Tengok tu". Dia menunjukkan beberapa bekas kemalangan
yang sebelum ni. Memang banyak kesan-kesan geseran tayar
kenderaan dan besi penghadang yang kemek. Memang kawasan
kemalangan la ni. 
Hati-hati apanya kalau dah jadi camni. Lain kali ok la.
"Tak boleh jalan jauh dah ni, kena tunda".
Aku dah pening, apa aku nak buat. Nak buat macam mana.
Nak balik macam mane, rumah jauh lagi. 'Apasal la accident
kat sini, cuba la dekat-dekat rumah sikit'. Kepala otak aku 
dah mula nak merepek-repek. 
"Rumah kat mana"
"Cheras". Aku jawab ringkas.
"Saya hantar awak balik, kereta ni saya panggil kawan saya 
tarik. Bengkel kawan saya tu kat Cheras jugak. Nanti senang
awak nak berurusan tentang bayaran kereta saya sekali."
Aku telan liur. Kereta aku pun entah mampu entah tidak aku
nak bayar repair, nak kena bayar kereta dia pulak. Mati aku
kali ni. 'Ya Allah permudahkan lah urusan ku'...
Tak lama lepas dia buat panggilan lori tunda pun sampai.
Aku diam je, biarkan dia yang berbincang. Kepala aku dah 
serabut sangat, blur fikirkan masalah kewangan.

Dalam kereta aku diam jer. Sepatah dia tanya setengah patah

aku jawab. Bila kat MRR2  yang dah berhampiran susur keluar
jalan memasuki rumah ku baru aku bersuara. Ye la kalau diam
je karang dia bawak aku balik rumah dia kan naya. Rumah aku 
ni pangsapuri je, jadi aku suruh dia turunkan aku kat tepi jalan
je. Tak yah la nak masuk segala.
Ketika aku nak turun, "macam mane saya nak contact awak?"
Aku buat blur-blur lagi. "kereta awak, kereta ni. Kita masih
ada urusan yang belum selesai."
Adoiii, macam mane aku boleh tak ingat semua tu. 
"Mintak handphone awak". Dia menadah tangannya.
Aku yang bagai dipukau terus menyerahkan padanya.
Dari gayanya aku tau dia sedang menyimpan nombornya.
Tak lama kemudian handphonenya berbunyi. Sambil 
tersenyum dia menghulurkan semula handphone ku.
"Terima kasih". Aku ambil dan terus berlalu.

Sampai dirumah aku terus masuk bilik. Mandi, solat dan tidur.

Puas la budak dua orang housemate aku panggil ajak makan.
Aku dah tak de selera nak makan dan tak de mood nak buat 
ape pun. Nak rehatkan fikiran yang berserabut. Pada teman 
serumahku 'sabar yer, esok aku bagi full story."

Nasib baik hari ni Sabtu, dan aku accident petang jumaat.

Jadi aku cuba fikir macam mana nak pergi kerja hari Isnin.
So, ada dua hari untuk fikir. ting!!! nampak lampu atas kepala.
Isnin aku nak ambil cuti kecemasan(EL). Selasa kereta dah 
siap kot. Kalau Tak siap??? Nanti fikir lagi. Sekarang fikir macam
mane nak dapat duit lebih. Nak cari kerja part time waktu malam.

Tiba-tiba hp(handphone) berbunyi. 'Abang'. Aku ada abang ke?

Tak kan aku tak ingat. Gila aku macam ni.
"Hello." Teragak-agak aku jawab.
"Assalamualaikum". Macam bunyi perli je.
"Waalaikummus salam wbt". Nasib la, dah kena perli kan.
"Kat mane?"
"Rumah"
"Boleh keluar tak sekejap. Tengok kereta semalam, apa masalahnya."
La...mamat harrier semalam ke.
"Ok, tunggu tempat semalam, 10 minit saya sampai".
"Dah tunggu tempat semalam la ni"
Mak aiii... dah sampai baru call aku.
"Ok², 5 minit saya datang".
Kedengaran dia ketawa kecil.
Aku capai tudung segera je. Bersiap ala kadar, lagipun aku memang
bukan jenis yang rajin nak bersolek bagai.

"Assalamualaikum".Aku beri salam sebaik saja dia buka pintu sebelah

pemandu dari dalam. Dia jawab salam penuh macam aku jawab 
salamnya tadi. Balas balik nampak. 
"Dah sarapan". Dia tanya sebaik saja kereta keluar dari kawasan 
rumahku. Aku angguk saje. Yang betulnya aku tak sarapan pun lagi. 
Betul-betul dahhilang selera. Dia memandu ke arah Pandan Indah 
dan berhenti dihadapan 'Restoran Selera Utara'. Aku pun pernah juga 
makan kat sini. 
Aku hanya mengambil dua biji kuih Karipaf dan oder milo panas. Dia 
pun minum milo panas dan makan pulut kelapa+ikan masin. Setelah 
meletak makanan atas meje dia pergi membasu tangan. Aku ingatkan
dia jenis makan dengan sudu garfu. Salah penilaian aku. Pakaiannya
santai je hari ni. T-shirt berkola dengan tracksuit. Agaknya baru balik
jogging kot tadi.

Selesai makan kami terus ke bengkel kawannya. Dia kata hari ni 

buka setengah hari je, esok cuti. Aku berkira-kira memang tak siap 
la kereta aku ni. Nasib, nasib....

Bersambung....