Protected by Copyscape Duplicate Content Detection Tool

Wednesday, April 17, 2013

Sayang, bukan 'Ibu Tumpang' (Part 11)

Jam empat pagi aku dikejutkan dengan suara lantang 

pengawal  ICU yang mencari waris ibu. Abang Firdaus
segera 
menghampiri.   
"Fatin, tabahkan hati. Ingat Allah, terima yang berlaku
dengan redha. 
 Abang sentiasa ada disisi  Fatin."
Kami dibenarkan masuk dan bacakan surah Yassin buat ibu.
Aku dekati kepala ibu dan bisikkan 'Kalimah Syahadah'
di telinga. 
Abang Firdaus baca Yassin disisi katil bertentangan
dengan
 ku. 
Aku pegang kaki ibu yang sejuk. Jari-jari tangan ibu juga sejuk. 
Aku pandang dadanya yang berombak agak kuat. Dahi dan 
bawah mata ibu berpeluh. Bulu romanya menegak bermula
dari pergelangan dan terus ke lengan. Kakiku seolah tidak
menjejak 
tanah dan berada di awangan. Aku tak sedar…
Aku nampak ibu berdiri dihadapanku sambil tersenyum. Wajah 
ibu bercahaya, aku tutup mata(silau). Kemudian aku nampak 
abah, ibu senyum pada abah. Abah pimpin tangan ibu dan
tinggalkan 
aku. Aku jerit panggil ibu, panggil abah. Ibu
berpaling, 
tersenyum  sambil gelengkan kepala. Aku sedih
sangat dan menangis. 
Abah  dan ibu tinggalkan aku sorang-
sorang……
Aku menangis dan  terus menangis……
Aku mendengar nama ku dipanggil perlahan, terasa juga pipiku 
ditepuk-tepuk. Bila mata terbuka je mak Nah ada didepanku. 
Kami berpelukan dan menangis. Mak Nah pimpin aku ke 
surau  untuk menunaikan solat subuh.  Usai solat mak Nah
hampiri aku.
"Mira sabar ye, tak baik menangis macam ni. Kalau Mira  
sayang  ibu, Mira kena redha. Biar ibu pergi dengan  tenang." 

Aku dah tak boleh nak fikir atau cakap apa-apa.
Aku diam dan angguk saja, dalam hati hanya Tuhan yang tau.
Aku kehilangan satu-satunya insan yang paling aku sayang.
Aku dah tak punya siapa-siapa lagi.

Tidak jauh dari tempat aku dan mak Nah kelihatan abang Firdaus 
sedang bercakap sesuatu dengan Pak Salim suami mak Nah.
Mak Nah cakap nak pihak hospital buat urusan mandi dan 
kafan jenazah sekali. Lepas kafan nanti terus bawa ke masjid
kampung dan terus kebumi. Orang kampung dah diberitahu
untuk semua urusan tu. Menguruskan jenazah kena segera,
tak baik kalau dilengah-lengahkan.

Sebelum zohor semua urusan telah selesai. Apa yang dapat
aku katakan perasaan aku seperti sangat sunyi. Aku duduk
diberanda rumah ibu. Aku suka duduk disini dengan ibu dulu,
bercerita apa saja. Semuanya terbayang bagai layar di
hadapan ku. Kata-kata ibu yang lembut, gelak tawanya tak
kan menemaniku lagi.
Terlalu cepat ibu pergi meninggalkan aku. Walaupun sedih namun
aku redha. Ibu dah lama menderita sakit. Sampai satu tahap ibu 
sudah tidak mahu bergantung pada mesin. Allah telah menjemput
ibu kembali kepadaNya.




Kelihatan keretaku masuk kehalaman rumah, berhenti dan
abang Firdaus keluar dari bahagian pemandu. Dia senyum 
dan hulurkan kunci padaku. 
"Abang mintak tolong budak-budak moto kat kat depan tu
hantar abang kehospital tadi."
Pandai dia, pagi tadi dia tak benarkan aku memandu sendiri
keretaku. Dia kata biarkan dulu nanti dia uruskan.
"Terima kasih banyak, tak terbalas budi baik abang."
"Tanggungjawab sesama kita, mana tau nanti abang perlukan
bantuan Fatin pulak."
"Apalah yang boleh Fatin bantu."
"Kita tak tau apa akan berlaku masa depan. Dah la jangan 
fikir bukan-bukan. Malam ni diorang nak buat 'tahlil' kat surau.
Abang dah minta tolong mak Nah uruskan makanan."
Aku tak  teringat langsung pasal kenduri.
Abang Firdaus menyambung kata.
"Buat tahlil tiga malam guna duit orang sedekah tadi, 
mak Nah kata cukup."
Lega hati ku dengar, ingatkan Abang Firdaus yang 
keluarkan belanja tadi.
Usai majlis tahlil malam tu abang Firdaus kembali ke hotel.
Mak Nah temankan aku tidur dirumah ibu. Biarpun aku sudah
meyakinkan mereka yang aku tak apa-apa tapi tetap tidak
dibenarkan tidur sendirian. Mungkin mak Nah pun risau,
takut abang Firdaus tidur di rumah kot. Mana lah tau kan...
Tapi aku yakin abang Firdaus bukan jenis yang begitu.

Teringat ketika tanpa sengaja aku telah terdengar perbualan
telefonnya dengan seseorang petang itu. Pasti dengan kak
Zah, isterinya.
"I kat kampung Mira, ibunya meninggal."
Senyap, agak lama.
"Kan I dah inform you semalam, meninggal pagi tadi. Esok
baru I balik KL."
Diam lagi. Pasti mendengar kata-kata orang disana.
"Bukan ini yang you nak sangat ke? I sekadar menjalankan
tanggungjawab sebagai bakal suami. Salah ke?"
Diam lagi.
"I tau la. Esok I balik kita settle."
Tanpa salam perbualan ditamatkan.

Aku sudah membuat keputusan membatalkan untuk kali yang
kedua. Ibu sudah tiada, aku tak perlukan duit yang banyak lagi.
Deposit yang dah diterima akan aku pulangkan semula. Aku belum
usik pun duit tu. Biar apa sekalipun reaksi mereka aku tak peduli.