Friday, December 7, 2012

Sayang, bukan "Ibu Tumpang' (Part 4&5)
Tepat jam enam petang aku turun dari ofis dan duduk di bangku
batu yang ada kat tepi jalan tu. Tak nampak lagi kereta abang Firdaus.
Dalam lima belas minit menunggu dia sampai. Buka je pintu kereta.
"Sorry, abang ada meting tadi, terbabas pulak masa."
"Tak pe, tak lama pun tunggu."
"Kita makan sekejap ye, abang lapar. Tengahari tadi tak sempat
nak makan, minum nestum je."
Aik sama pulak dengan aku. Tapi patut ke aku makan dengan dia.
Kenapa dia tak nak terus balik rumah je, dan makan dengan isterinya.
Takkan aku nak tanya, tak nak la jadi buzy body.
Dia bawa aku makan kat Taman Warisan Pertanian, Presint 16.
Makan kat sini kena booking tempat duduk. Kalau tak nanti tak kan
nak makan berdiri. Dia suruh aku duduk tunggu je.
"Nak makan apa?"
"Apa-apa je"
Dia terus pergi ke gerai yang ada. Kemudian balik dengan bawa
dua pinggan nasi ayam. Dia letak atas meja dan berlalu lagi.
Datang semula dengan dua fresh orange.
"Boleh ye makan macam ni, abang dah tengok semua gerai tak
ada menu 'apa-apa je'. " Pandai juga dia bergurau.
Baca doa sendiri-sendiri je. Lepas tu terus makan, Aku pun memang
lapar gila. Dah kenyang ni, balik nanti tak payah la masak maggi.
Tapi abang Firdaus tak kenyang lagi kot. Dia bangun dan datang 
balik dengan sepinggan roti john. Dia suruh aku makan tapi aku 
geleng dan cakap kenyang.
"Nak makan sendiri ke atau abang suap?"
Dia mula main ugut-ugut pulak. Sudahnya aku ambil sepotong
dan makan. "Emm sedap." habis sepotong, aku makan sepotong 
lagi. Abang Firdaus ambil tisu dan lap bawah bibirku. Terkejut 
tahap tak boleh nak cakap dah. Aku pandang je dia.
"Comot." Katanya selamba. Aku rasa muka aku macam panas je.
Nasib baik dengan tisu, kalau jari dia sentuh mahu pengsan aku.

Kenyang tahap gaban, rasa macam dah tak larat nak bangun. 
Hari kerja orang tak ramai sangat. Aku biasa datang sini hujung 
minggu, nak beli roti ni beratur punyalah panjang. 

Sejak kerja kat Putrajaya ni nak sembang dengan kawan serumah
pun macam dah tak sempat. Penat, sebab sebelum ni tak pernah
kerja jauh-jauh. Balik awal, boleh masak dan makan sama-sama.
Ni asal lepas isyak je aku terus tidur. Kadang belum isyak dah tidur.
Jaga tengah malam baru solat isyak. Entah apa cerita Maya dan
Farah. Aku pun rasa macam dah lama tak dengar suara dia orang
borak-borak sambil tengok TV.
Lepas abis makan kami solat maghrib kat Masjid Putra, 
lepas tu baru balik rumah.
Seminggu aku menumpang keretanya dan begitulah setiap hari.
Cuma tempat makan dan solat yang berbeza. Lebih kerap solat di Masjid Sultan Mizan(Masjid Besi) sebab dia cakap senang nak nampak aku, takut hilang. Ada-ada jer.
Dia  juga ajar aku melalui jalan Abu Bakar Baginda.
Kawasan situ banyak kedai makan, lagipun
dia kata aku boleh lalu situ masa dah balik kerja sendiri nanti.
Minum pagi aku menolak dengan berbagai alasan kalau dia ajak
aku sarapan dulu. Tapi petang dia tak pernah tanya. Terus pergi
dan lepas solat maghrib baru balik. Terfikir juga aku tak hairan ke
isterinya seminggu dia tak makan dirumah. Aku tak akan tanya
kalau dia tak cerita. Cukup la apa yang dia bagitau aku sebelum
ni. Tak baik tanya hal rumahtangga orang. 'Yang ko dok menumpang
kereta laki orang tu hari-hari baik ke. Siap pergi makan lagi?'
Part yang ni aku terpaksa, ok. Lepas ni kereta aku dah siap
aku tak nak dah terlibat dengan laki orang ni. Past is past.
Hari terakhir dia hantar aku.
"Esok pagi dia orang hantar kereta."
Bersinar mata aku dengar suaranya.
Tapi muka dia macam sedih je.
"Berubah la jadual abang minggu depan."
Owhh…begitu rupanya. Patutnya lagi la senang, tak perlu nak
susahkan diri jemput dan hantar aku.
"Nanti add abang kat fb ye. Abang cari nama Fatin tak jumpa,
mesti Fatin guna nama lain."
Memang aku guna 'nama samaran' , tapi tak aktif sangat pun.
Nak buka seminggu sekali pun malas. Masa belajar dulu rajin la
update status, chating.
Hari ini dah lebih seminggu aku tak menumpang kereta.
Lega rasanya bila dah bawak kereta sendiri semula. Takut
sebenarnya bila dah termakan budi, lebih-lebih lagi lelaki yang
tak dikenali.
Dalam leka aku buat kerja tiba-tiba hp ku berbunyi. Tengok
pemanggil hati aku jadi berdebar-debar. 'Dia nak apa', aku
biarkan sampai deringan berhenti. Tak lama bunyi lagi.
Aku angkat separuh hati.
"Assalamualaikum, Fatin kat mana?"
"Waalaikum salam, ada kat ofis."
"Abang ada depan ofis Fatin, jom lunch."
Aku pandang jam kat monitor, dah pukul satu rupanya.
Mahu tak mahu aku keluar juga, dah dia dah ada depan ofiskan.
Kami makan kat Nasi Minyak House kat Presint 15. Masuk saje
semerbak bau nasi minyak, macam pergi kerumah kenduri kawin.
Ramai pelanggan sedang menikmati hidangan, maklumlah
tempat ni dah masuk JJCM popular la gitu. Aku makan nasi
minyak+ayam goreng berempah. Abang Firdaus makan nasi
minyak+ayam masak merah. Dia potong ayam dia sikit bagi
kat aku, terkedu aku. Pastu dia ambil ayam goreng berempah
aku sikit je, terus masuk mulut, "not bad". Dia kata lagi:
"Fatin tak pernah makan kat sini lagi kan? Kena rasa lauk lain,
nanti kalau datang lagi kita makan daging pulak ye."
Memang sedap makanan kat sini. Dalam hati aku tetap rasa
beruntung juga dapat kenal dengan abang Firdaus. Sepanjang
aku kerja kat sini mungkin susah juga nak mengelak dari dia.
Tak dapat makan malam, time lunch dia ajak aku.

Part 5

Masa berlalu dengan begitu pantas, dan hari ini adalah 
hari terakhir aku bekerja di Putrajaya. Pada abang Firdaus 
tidak aku maklumkan. Biarlah dia, aku tak mahu nanti dia 
nak tahu pulak ofis aku di Ampang. Untuk sementara waktu 
ni aku nak jauhkah diri darinya. Sampai masa aku cukup 
duit nak bayar hutang repair kereta pasti aku yang akan 
mencarinya...

Seminggu aku bekerja semula di Ampang tidak lah sesibuk 
di Putrajaya. Balik pun awal dan aku mula mencari kerja 
part time di waktu malam. Selepas ini mungkin aku akan 
lebih sibuk lagi, tapi tak apa yang penting aku dapat bayar 
hutang dan biayai rawatan ibu. Ibu mengidap sakit buah 
pinggang dan terpaksa menjalani dialisis tiga kali seminggu. 
Semua aku terpaksa meminta tolong dari jiran ibu 
dikampung untuk menghantar dan mengambil ibu berulang 
alik kehospital. Namun aku tidak boleh terus melepaskan 
tanggungjawab ini. Aku tetap menanggung segala kos 
yang dikeluarkan. Aku seorang saja anak ibu. Bila ingat 
ibu rindu pulak rasanya, walaupun hampir setiap hari 
mendengar suaranya namun tak sama andai dapat 
bercakap sambil menatap wajahnya. Sejak akhir-akhir 
ini suara ibu juga kedengaran seperti tidak begitu sihat. 
Namun aku tau ibu sengaja mahu menyembunyikan dari 
aku dengan mengatakan dia baik-baik saja. Hujung 
minggu nanti aku akan balik untuk menjenguk ibu, 
sekejap pun jadilah.

Aku telah memulakan kerja separuh masa di restoran 
makanan segera KFC. Empat jam saja sehari, petang 
hingga malam. Andai hujung minggu aku boleh kerja 
lebih empat jam. Harap dapatlah aku mengumpulkan 
wang. Abang Firdaus juga sudah tidak menghubungi 
aku sejak aku katakan padanya yang aku terlalu sibuk, 
dan aku berjanji untuk menghubunginya selepas aku 
menyelesaikan segala masalah. Nasib baik dia faham, 
kalau tak lagi tambah serabut kepala ni. 

Satu hari dihujung minggu balik dari kerja siang aku 
dapatlah berbual dengan rakan serumah, Farah dan 
Maya. Sejak akhir-akhir ni sibuk betul sampai rindu 
nak bergurau dengan mereka.
"Aku tengok sibuk betul kau ye." Kata si Farah sambil 
makan ayam KFC yang aku bawa.
"Ye la, aku tenguk muka kau pun dah macam tak bermaya je." 
Tambah Maya pulak.
"Aku banyak nak pakai duit ni. Nanti kalau semua dah selesai 
aku tak la kerja macam ni lagi."
"Dah lama kita tak keluar jalan-jalan. Jom tengok wayang, 
aku belanja."  Farah menawarkan diri.
Penat aku sebenarnya namun untuk tidak menghampakan 
dan aku pun sebenarnya rindu nak keluar bersama-sama 
akhirnya kami bertiga keluar juga. Mungkin ini yang terakhir 
memandangkan Maya akan berkahwin dua bulan akan datang. 
Tinggal la aku dengan Farah saja, tetapi kami tak kan cari 
pengganti Maya memandangkan rumah ni akan dibeli oleh 
Farah dan dia merancang untuk terus tinggal disini. Nasib la 
kalau Farah nak kahwin aku kena la cari tempat tinggal yang 
lain. Buat masa sekarang aku tak mahu fikir lagi...

Sejak kebelakangan ini hati aku rasa seperti tidak selesa. 
Pergerakanku seperti ada yang mengekori. Balik kerja 
malam juga kadang buat aku rasa tak selesa, takut pun ia. 
Ayat Kursi sentiasa meniti bibirku. Semoga aku sentiasa 
dalam lindungan Allah SWT. Lama kelamaan aku seperti 
lupa. Mungkin selama ni hanya perasaan aku saja. Mana 
mungkin orang jahat mengekori aku sehingga begitu 
lama tidak berbuat apa-apa...





Tuesday, December 4, 2012







Sayang, bukan 'Ibu Tumpang' (Part 3)

Ahad malam mata aku susah sangat nak lena. 'Kenapa dia baik 
sangat, begitu sekali nak tolong aku. Dah kahwin pulak tu. Kalau
bujang lain la, mungkin dia nak mengurat aku'. Merepek lagi kepala 
otak aku ni.
Dalam berfikir-fikir hp ku berbunyi menandakan ada sms masuk.
'abang'
~pkl brp abg kn jmput fatin esok???
~x ksh. Msk kj kul9@10.
~8.30 abg sampai
~ok. Tq
~w'come dear
Pandai-pandai je setting nama kat  hp 

aku.
Biar betul dia ni, sms malam-malam. Wife dia tak marah ke?
Macam bf, gf lak aku dengan dia. Astaghfirullah……………..
Mintak dijauhkan, 'laki orang tu cik Fatin Amira'.
Teringat peristiwa tengahari semalam, waktu dia hantar aku 
balik dari bengkel. Waktu aku nak keluar dari kereta.
"Cik Fatin Amira".
"Panggil Mira je, kawan-kawan semua panggil camtu".
"Ok, panggil saya abang, tak sopan nak panggil nama.
Abang jauh lebih tua. Tapi abang nak panggil Fatin, tak nak
sama macam kawan-kawan. Nak special sikit."
"Kalau saya nak panggil Encik Firdaus sopan kan?"
"Jangan jadi budak degil boleh tak?"seriusnya muka.
"Apa-apa je lah"' perlahan je aku cakap, tak tau dia dengar ke tak.
Pagi tu tepat 8.30 aku turun. Dia dah siap tunggu dalam kereta
sambil baca suratkhabar. Baru aku nak ketuk cermin kereta dia
dah nampak aku sambil tersenyum dan buka pintu dari dalam.
"Sila kan masuk."
"Assalamualaikum."
"Waalaikum salam". jawabnya sambil tersenyum.
Dia ni memang murah senyum. Aku pun suka tengok senyuman
dia yang manis bak air sirap…Hehehe…
Astaghfirullah……
Sunyi je sepanjang perjalanan sampai la lepas tol Sri Kembangan.
"Hebat jugak fatin kan, baru kerja dah boleh beli kereta".
"Ada sebab terpaksa beli. Ingatkan nak jadi mudah. Tak sangka
jadi macam ni."
"Tak baik mengeluh, semua yang terjadi pasti ada hikmah yang 
dah tersurat. Kita kena terima dengan hati terbuka."
Aku angguk, tak tau dia nampak ke tak.
"Tak nak kongsi apa-apa".
Aku pandang sisi wajahnya.'kongsi apa' bisik hati ku.
"Ye la, kot nak cerita apa-apa masalah Fatin dengan abang.
Mana tau boleh ringankan beban yang Fatin tanggung. Abang
tak boleh janji dapat tolong, Tapi InsyaAllah, fikiran Fatin akan 
lebih lapang bila masalah dah diluahkan."
"Muka saya ni macam orang banyak masalah ke?"
Memang banyak benda aku fikir, 'tapi nampak sangat ke'.
Dia pandang aku dan senyum.
"Abang tau dari tadi Fatin dah keluar jauh dari kereta abang kan."
Lama aku diam. Dia bersuara lagi.
"Tak pe kalau tak nak kongsi."
Akhirnya sampai ke tempat kerja aku. Aku terus turun dan ucap
terima kasih. Dia panggil aku.
"Balik pukul berapa? Nanti keluar lunch macam mana?"
"Balik pukul 6, kalau abang tak boleh ambil takpe."
"Apa pulak tak bolehnya, kan dah janji. Sampai kereta Fatin
siap,   jangan cakap macam tu lagi."
Serius la pulak dia.
"Ok." perlahan je aku jawab.
Bila dah sampai ofis memang aku dah tak boleh nak fikir selain
hal kerja. Aku kena siapkan kerja cepat, sebab nanti tepat pukul
enam aku mesti kena balik. Tak nak menyusahkan suami orang
untuk tunggu aku pulak. Lain la kalau suami aku. Uwekkk….
Berangan jugak nak bersuami. 'Eh mestila, impian semua orang
apa'. 
Tengahari aku minum nestum, bukan tak boleh mintak member
tapau kan tapi aku nak jimat. Paling tidak aku nak bayar juga kos
repair kereta tu walaupun tak dapat nak bayar penuh. Dan bakinya akan aku jelaskan secara ansuran. Aku tak mahu 
makan budi yang teramat sangat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Amin....

Bersambung......

Saturday, December 1, 2012

Sayang, bukan Ibu Tumpang' (Part 2)


Sampai saja di bengkel aku terus menuju ke arah keretaku.

Nampaknya hanya baru ada sikit saja yang diketuk. Budak

makenik tu kata enjin tak rosak. Cuma kemek teruk dan banyak.

Sedikit lega hati aku. Tapi aku rasa duit simpanan aku mesti

tak cukup memandangkan kena cat semula keseluruhan.

Takkan aku nak bawak kereta berbelang-belang.


Kereta Harriernya hanya tukar lampu saje. Mungkin semalam

dia dah oder kot. Sekarang dia orang tinggal pasang saja. Aku

duduk menunggu dikerusi yang ada kat tepi kedai.

"Sampai mane?" Bila dia ada disebelah aku pun tak sedar.

"Saya tau awak fikir pasal kos baiki kereta tu kan."

Macam tukang tilik la pulak.

"Tak perlu bayar apa-apa. Semua saya tanggung."

Biar betul dia ni, kenal pun tak. Apa kerja dia, entah-entah…

Ish…tak sanggup nak fikir. Aku jadi takut. Termakan budi

nanti tergadai body.

"Saya tau apa yang awak fikirkan. Saya ikhlas, saya tau

awak tak mampu. Kalau awak nak anggap sebagai hutang,

ada duit nanti bayar la. Hutang dengan saya tak ada bunga

dan tak ada tempuh. Ikut la awak nak bayar macam mana."

"Kalau sampai mati saya tak mampu nak habis bayar macam

mane?"

"Saya halalkan".


"Jauh juga dari sini ke Putrajaya, kenapa tak duk sana je?"

"Saya kerja dengan subcon. Kat Putrajaya sementara je,

lepas tu akan balik ke Ampang semula."

"Owhhh…" panjang oh dia sambil terangguk-angguk.

Kemudian dia menyambung.

"Berapa lama kat sana?"

"Lebih kurang tiga bulan kot, sekarang baru sebulan. Ada

dua bulan lagi."

"Nanti pergi kerja macam mana?"

"Tengah fikir."

"Hari Isnin nanti saya hantar dan ambil awak kerja. Sampai

kereta awak siap."

Aku pandang wajahnya.

"Kenapa? Kita kenal pun tak."

Dia senyum meleret sebelum bersuara lagi.

"Ingatkan tak nak kenal tadi. Ok sekarang kita berkenalan.

Nama saya Muhammad Firdaus bin Faizal. Umur 35 tahun.

Kerja biasa-biasa jer, tak kaya tapi hati saya baik. Hehehe…"

Aku mencebik. "Perasan."

"Ok, ok. Saya sambung, tinggal di Ukay Perdana dengan isteri,

kalau awak nak alamat nanti saya bagi."

"Isteri kerja mana? Tak apa ke kalau awak tumpang?"

"Tak pe, nanti saya beritahu dia. Dia kerja kat Wangsa Maju,

hari ni dia kerja. Kalau dia tak kerja tadi saya ajak, boleh kenal

dengan awak."

Aku macam dah tak ada pilihan lain. Semoga kereta aku cepat

la siap. Kemudian dia pandang aku semacam. Aku angkat kening

dengan maksud 'kenapa'.

"Tak nak kenalkan diri awak?"

Aku buka purse dan hulurkan pas kerja. Dia tengok sambil

angguk-anguk kepala.

"Muda lagi, baru kerja?"

Aku angguk. "Baru abis belajar, kerja pun masih mencari lagi

yang lebih sesuai. Sementara belum dapat kerja je apa yang ada."

"Bagus la, ramai budak sekarang tak nak kerja bila tak sesuai dengan
kelulusan."

"Saya bukan orang senang, ayah dah tak ada sampai bila nak
bergantung dengan ibu. Lagipun ibu dah tak berapa sihat."
Rasanya setakat itu saje yang aku boleh beritahu. Aku tak mahu
dia jadi lebih bersimpati pada aku.

Bersambung............