Protected by Copyscape Duplicate Content Detection Tool

Friday, December 7, 2012

Sayang, bukan "Ibu Tumpang' (Part 4&5)
Tepat jam enam petang aku turun dari ofis dan duduk di bangku
batu yang ada kat tepi jalan tu. Tak nampak lagi kereta abang Firdaus.
Dalam lima belas minit menunggu dia sampai. Buka je pintu kereta.
"Sorry, abang ada meting tadi, terbabas pulak masa."
"Tak pe, tak lama pun tunggu."
"Kita makan sekejap ye, abang lapar. Tengahari tadi tak sempat
nak makan, minum nestum je."
Aik sama pulak dengan aku. Tapi patut ke aku makan dengan dia.
Kenapa dia tak nak terus balik rumah je, dan makan dengan isterinya.
Takkan aku nak tanya, tak nak la jadi buzy body.
Dia bawa aku makan kat Taman Warisan Pertanian, Presint 16.
Makan kat sini kena booking tempat duduk. Kalau tak nanti tak kan
nak makan berdiri. Dia suruh aku duduk tunggu je.
"Nak makan apa?"
"Apa-apa je"
Dia terus pergi ke gerai yang ada. Kemudian balik dengan bawa
dua pinggan nasi ayam. Dia letak atas meja dan berlalu lagi.
Datang semula dengan dua fresh orange.
"Boleh ye makan macam ni, abang dah tengok semua gerai tak
ada menu 'apa-apa je'. " Pandai juga dia bergurau.
Baca doa sendiri-sendiri je. Lepas tu terus makan, Aku pun memang
lapar gila. Dah kenyang ni, balik nanti tak payah la masak maggi.
Tapi abang Firdaus tak kenyang lagi kot. Dia bangun dan datang 
balik dengan sepinggan roti john. Dia suruh aku makan tapi aku 
geleng dan cakap kenyang.
"Nak makan sendiri ke atau abang suap?"
Dia mula main ugut-ugut pulak. Sudahnya aku ambil sepotong
dan makan. "Emm sedap." habis sepotong, aku makan sepotong 
lagi. Abang Firdaus ambil tisu dan lap bawah bibirku. Terkejut 
tahap tak boleh nak cakap dah. Aku pandang je dia.
"Comot." Katanya selamba. Aku rasa muka aku macam panas je.
Nasib baik dengan tisu, kalau jari dia sentuh mahu pengsan aku.

Kenyang tahap gaban, rasa macam dah tak larat nak bangun. 
Hari kerja orang tak ramai sangat. Aku biasa datang sini hujung 
minggu, nak beli roti ni beratur punyalah panjang. 

Sejak kerja kat Putrajaya ni nak sembang dengan kawan serumah
pun macam dah tak sempat. Penat, sebab sebelum ni tak pernah
kerja jauh-jauh. Balik awal, boleh masak dan makan sama-sama.
Ni asal lepas isyak je aku terus tidur. Kadang belum isyak dah tidur.
Jaga tengah malam baru solat isyak. Entah apa cerita Maya dan
Farah. Aku pun rasa macam dah lama tak dengar suara dia orang
borak-borak sambil tengok TV.
Lepas abis makan kami solat maghrib kat Masjid Putra, 
lepas tu baru balik rumah.
Seminggu aku menumpang keretanya dan begitulah setiap hari.
Cuma tempat makan dan solat yang berbeza. Lebih kerap solat di Masjid Sultan Mizan(Masjid Besi) sebab dia cakap senang nak nampak aku, takut hilang. Ada-ada jer.
Dia  juga ajar aku melalui jalan Abu Bakar Baginda.
Kawasan situ banyak kedai makan, lagipun
dia kata aku boleh lalu situ masa dah balik kerja sendiri nanti.
Minum pagi aku menolak dengan berbagai alasan kalau dia ajak
aku sarapan dulu. Tapi petang dia tak pernah tanya. Terus pergi
dan lepas solat maghrib baru balik. Terfikir juga aku tak hairan ke
isterinya seminggu dia tak makan dirumah. Aku tak akan tanya
kalau dia tak cerita. Cukup la apa yang dia bagitau aku sebelum
ni. Tak baik tanya hal rumahtangga orang. 'Yang ko dok menumpang
kereta laki orang tu hari-hari baik ke. Siap pergi makan lagi?'
Part yang ni aku terpaksa, ok. Lepas ni kereta aku dah siap
aku tak nak dah terlibat dengan laki orang ni. Past is past.
Hari terakhir dia hantar aku.
"Esok pagi dia orang hantar kereta."
Bersinar mata aku dengar suaranya.
Tapi muka dia macam sedih je.
"Berubah la jadual abang minggu depan."
Owhh…begitu rupanya. Patutnya lagi la senang, tak perlu nak
susahkan diri jemput dan hantar aku.
"Nanti add abang kat fb ye. Abang cari nama Fatin tak jumpa,
mesti Fatin guna nama lain."
Memang aku guna 'nama samaran' , tapi tak aktif sangat pun.
Nak buka seminggu sekali pun malas. Masa belajar dulu rajin la
update status, chating.
Hari ini dah lebih seminggu aku tak menumpang kereta.
Lega rasanya bila dah bawak kereta sendiri semula. Takut
sebenarnya bila dah termakan budi, lebih-lebih lagi lelaki yang
tak dikenali.
Dalam leka aku buat kerja tiba-tiba hp ku berbunyi. Tengok
pemanggil hati aku jadi berdebar-debar. 'Dia nak apa', aku
biarkan sampai deringan berhenti. Tak lama bunyi lagi.
Aku angkat separuh hati.
"Assalamualaikum, Fatin kat mana?"
"Waalaikum salam, ada kat ofis."
"Abang ada depan ofis Fatin, jom lunch."
Aku pandang jam kat monitor, dah pukul satu rupanya.
Mahu tak mahu aku keluar juga, dah dia dah ada depan ofiskan.
Kami makan kat Nasi Minyak House kat Presint 15. Masuk saje
semerbak bau nasi minyak, macam pergi kerumah kenduri kawin.
Ramai pelanggan sedang menikmati hidangan, maklumlah
tempat ni dah masuk JJCM popular la gitu. Aku makan nasi
minyak+ayam goreng berempah. Abang Firdaus makan nasi
minyak+ayam masak merah. Dia potong ayam dia sikit bagi
kat aku, terkedu aku. Pastu dia ambil ayam goreng berempah
aku sikit je, terus masuk mulut, "not bad". Dia kata lagi:
"Fatin tak pernah makan kat sini lagi kan? Kena rasa lauk lain,
nanti kalau datang lagi kita makan daging pulak ye."
Memang sedap makanan kat sini. Dalam hati aku tetap rasa
beruntung juga dapat kenal dengan abang Firdaus. Sepanjang
aku kerja kat sini mungkin susah juga nak mengelak dari dia.
Tak dapat makan malam, time lunch dia ajak aku.

Part 5

Masa berlalu dengan begitu pantas, dan hari ini adalah 
hari terakhir aku bekerja di Putrajaya. Pada abang Firdaus 
tidak aku maklumkan. Biarlah dia, aku tak mahu nanti dia 
nak tahu pulak ofis aku di Ampang. Untuk sementara waktu 
ni aku nak jauhkah diri darinya. Sampai masa aku cukup 
duit nak bayar hutang repair kereta pasti aku yang akan 
mencarinya...

Seminggu aku bekerja semula di Ampang tidak lah sesibuk 
di Putrajaya. Balik pun awal dan aku mula mencari kerja 
part time di waktu malam. Selepas ini mungkin aku akan 
lebih sibuk lagi, tapi tak apa yang penting aku dapat bayar 
hutang dan biayai rawatan ibu. Ibu mengidap sakit buah 
pinggang dan terpaksa menjalani dialisis tiga kali seminggu. 
Semua aku terpaksa meminta tolong dari jiran ibu 
dikampung untuk menghantar dan mengambil ibu berulang 
alik kehospital. Namun aku tidak boleh terus melepaskan 
tanggungjawab ini. Aku tetap menanggung segala kos 
yang dikeluarkan. Aku seorang saja anak ibu. Bila ingat 
ibu rindu pulak rasanya, walaupun hampir setiap hari 
mendengar suaranya namun tak sama andai dapat 
bercakap sambil menatap wajahnya. Sejak akhir-akhir 
ini suara ibu juga kedengaran seperti tidak begitu sihat. 
Namun aku tau ibu sengaja mahu menyembunyikan dari 
aku dengan mengatakan dia baik-baik saja. Hujung 
minggu nanti aku akan balik untuk menjenguk ibu, 
sekejap pun jadilah.

Aku telah memulakan kerja separuh masa di restoran 
makanan segera KFC. Empat jam saja sehari, petang 
hingga malam. Andai hujung minggu aku boleh kerja 
lebih empat jam. Harap dapatlah aku mengumpulkan 
wang. Abang Firdaus juga sudah tidak menghubungi 
aku sejak aku katakan padanya yang aku terlalu sibuk, 
dan aku berjanji untuk menghubunginya selepas aku 
menyelesaikan segala masalah. Nasib baik dia faham, 
kalau tak lagi tambah serabut kepala ni. 

Satu hari dihujung minggu balik dari kerja siang aku 
dapatlah berbual dengan rakan serumah, Farah dan 
Maya. Sejak akhir-akhir ni sibuk betul sampai rindu 
nak bergurau dengan mereka.
"Aku tengok sibuk betul kau ye." Kata si Farah sambil 
makan ayam KFC yang aku bawa.
"Ye la, aku tenguk muka kau pun dah macam tak bermaya je." 
Tambah Maya pulak.
"Aku banyak nak pakai duit ni. Nanti kalau semua dah selesai 
aku tak la kerja macam ni lagi."
"Dah lama kita tak keluar jalan-jalan. Jom tengok wayang, 
aku belanja."  Farah menawarkan diri.
Penat aku sebenarnya namun untuk tidak menghampakan 
dan aku pun sebenarnya rindu nak keluar bersama-sama 
akhirnya kami bertiga keluar juga. Mungkin ini yang terakhir 
memandangkan Maya akan berkahwin dua bulan akan datang. 
Tinggal la aku dengan Farah saja, tetapi kami tak kan cari 
pengganti Maya memandangkan rumah ni akan dibeli oleh 
Farah dan dia merancang untuk terus tinggal disini. Nasib la 
kalau Farah nak kahwin aku kena la cari tempat tinggal yang 
lain. Buat masa sekarang aku tak mahu fikir lagi...

Sejak kebelakangan ini hati aku rasa seperti tidak selesa. 
Pergerakanku seperti ada yang mengekori. Balik kerja 
malam juga kadang buat aku rasa tak selesa, takut pun ia. 
Ayat Kursi sentiasa meniti bibirku. Semoga aku sentiasa 
dalam lindungan Allah SWT. Lama kelamaan aku seperti 
lupa. Mungkin selama ni hanya perasaan aku saja. Mana 
mungkin orang jahat mengekori aku sehingga begitu 
lama tidak berbuat apa-apa...





No comments: