Protected by Copyscape Duplicate Content Detection Tool

Tuesday, January 1, 2013


Sayang, bukan 'Ibu Tumpang' (Part 6)

Satu malam aku balik kerja, Farah sudah tercegat di depan pintu dengan keadaan yang seperti baru bangun tidur. 
"Lambatnya kau balik?" Sapanya padaku.
"Kau tak tidur lagi ke?" Tanyaku pula tanpa menjawab soalannya.
"Aku tunggu kau, sampai tertidur kat situ." Katanya sambil menunjuk ke arah sofa diruang tamu.
"Ada apa?"
"Meh duduk sini aku nak story sikit. Kau jangan salah faham, aku cuma bagi cadangan, terpulang kau nak ke tak."
Dia menarik tanganku duduk di sofa tadi. Aku seperti orang bodoh saja mengikutnya. Badan penatkan, nak membantah pun tak berdaya. Namun apa yang dikatakan telah mampu membuat penatku serta merta terbang entah kemana. Mataku juga yang tadi agak mengantuk terus jadi segar.
"Kau fikir lah yer, kalau nak bagitau aku. Tapi aku rasa baik kau jumpa dulu baru buat keputusan. Good night." Katanya sambil terus berlalu kebiliknya bersama ketawa kecil .

Walaupun badan terasa segar selepas mandi tapi mata susah mahu lelap. Ni gara-gara cerita yang disampaikan Farah tadi la. Sanggup dia tunggu aku balik semata-mata nak beritahu hal ni. Apa pun aku amat menghargai niat baiknya walaupun terasa seperti tidak masuk akal. Teringat kesungguhannya tadi biarpun aku seperti buat tak kisah saja. 
"Kau nak senang dapat duit tak?"
"Mesti la nak, tapi kau jangan la bagi jalan yang salah pulak."
"Macam ni......" sengaja dia meleretkan suaranya.
"Nak cakap tak, aku penat nak tidur ni."
"Ok, ok. Aku punya kakak punya kawan punya bos sedang mencari seorang perempuan yang berpenampilan menarik dan berpendidikan untuk menjadi IBU TUMPANG."
Terkedu aku mendengarnya.
"Ada ke macam tu, haram kau."
"Kau jangan salah faham. Dia akan beri keizinan untuk suaminya menikahi kau. Maknanya kau akan jadi isteri kedua suaminya aka menjadi madunya dan melahirkan anak seperti biasa. Lepas tu baru suaminya ceraikan kau."
"Gila ke perempuan ni. Psiko ke apa?" Soalan marah dari aku.
"Sabar, sabar, jangan emo yer." Farah sengih macam kerang busuk. Kecik besar, kecik besar aku nampak dia. Dia berubah serius dan menyambung.
"Perempuan ni dulu kena cancer rahim dan doktor dan sahkan dia tak boleh mengandung."
"Kenapa tak ambil je anak angkat?" Soalku tak sempat Farah habiskan kata. Farah jeling, aku faham dan tutup mulutku dengan tapak tangan.
"Dia nak anak yang mahram dengan dia, yang tak membatalkan dengan dia atau suaminya tak kira anak lelaki atau perempuan. Kalau dah baligh nanti tak perlu nak bertudung litup dalam rumah."
"Amboi! pastu demand pulak. Nak yang berpenampilan menarik, berpendidikan...." Sengaja aku nak provok. 
"Opkos la engkau. Dia mestilah nak kan anak dari baka yang baik dan sihat."
"Tapikan belum tentu lagi la aku layak kan?"
"Pandai pun kau. Kau kena audition dulu la. Hehehe." Suka sangat Farah nak kenakan aku. Kemudian dia menyambung lagi.
"Kalau kau subur paling lama pun setahun je, lepas tu jadi janda kaya la. Kau letak la tinggi sikit, paling kurang pun 100K. Amacam? Geliga tak otak aku?"
"Geliga la sangat, pertaruhan maruah aku tu. Tak pasal-pasal aku menukar status dua kali."
"Betul jugak kan, daripada bujang ke berkahwin kemudian janda. Eh! tapi kan janda pun sekarang ramai yang berkenan. Tengok artis-artis kita, macam tak kisah pun dengan title janda, lagi meletop ada la."
Aku ketap gigi, geram betul aku. Elok-elok nama dia Farah karang jadi 'parah' kena belasah dengan aku. Apa pun aku tetap hargai kepekaan teman serumah ku ini dengan masalah yang sedang melanda aku. Mungkin secara kebetulan dia bertemu situasi aku dan perempuan yang memerlukan anak tapi tak mahu anak angkat. Macam-macam dunia sekarang ni....

No comments: