Protected by Copyscape Duplicate Content Detection Tool

Thursday, January 3, 2013


Sayang, bukan 'Ibu Tumpang' (Part 7)

Bila merasakan susah aku pasti ramai lagi yang lebih susah. Semua hanya 
'dugaan' dari Allah yang menguji hambanya. Aku ada sesuatu yang amat 
berharga tapi ada perempuan yang telah kehilangannya. Aku ingin cuba 
menolong secara tak langsung dia menolong aku menyelesaikan masalah 
kewangan aku. 

Dalam novel TWB karya Evelyn Rose terbitan Karyaseni ada menceritakan 
seorang pelajar universiti Beijing menerima bayaran ovumnya sebanyak 
seratus ribu ringgit. Berbaloi ke kalau aku juga meletakkan nilai sebanyak itu 
untuk mengandung dan melahirkan zuriat. Rasanya nilai itu terlalu rendah, 
tapi aku akan dapat sesuatu yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Zuriat. 
Iaitu anak kandung. Anak kandung yang dapat mendoakan aku bukan ketika 
aku hidup saja tapi sehingga aku meninggal dunia, walaupun mungkin aku 
tidak berpeluang untuk membesarkannya dengan tanganku sendiri. Sekarang 
aku sudah tahu apa yang aku mahukan. Aku tak akan meminta yang lebih dari 
yang aku perlukan namun aku mahu anakku nanti diberi didikan agama yang 
sempurna. Kalau syarat yang begini pun tidak mampu dipenuhi aku pasti 
mereka memang tak sesuai mempunyai anak.
__________________________________________________________

Dalam debaran aku memerhatikan Farah yang berjalan kearah seorang 
perempuan yang sedang duduk menanti didalam restoran itu. Kelihatan Farah 
bersalaman dengan wanita yang kelihatan anggun dengan pakaian dan 
penampilannya. Mungkin berumur dalam lingkungan tiga puluhan. Masih muda 
tapi sudah diduga dengan ketidaksempurnaan sebagai wanita. Duit yang banyak 
pun tak mampu untuk mengembalikan anugerah  Allah yang ditakdirkan buatnya. 
Setelah lama memerhati aku nekad untuk mendekatinya. Entah apa yang Farah 
kelepet tadi, sebab aku janji dengan Farah kalau lima minit aku tak muncul 
bermakna aku tak berminat. Kini aku muncul selepas enam minit.

Farah macam biasa je kenalkan aku dengan perempuan tu. Tak tengok jam 
agaknya budak Farah ni. Nama kakak tu Hafizah. Dia bercerita serba sedikit 
tentang dirinya dan perkahwinan yang dah menjangkau lima tahun. Tak lama 
selepas itu Farah meminta diri dan berjanji akan berjumpa ditempat parkir 
kereta sejam kemudian. Setelah Farah pergi macam-macam yang kami 
bualkan. Aku juga berterus-terang tentang masalah aku yang dia juga telah 
ketahui dari Farah sebelum ini. Biarlah dia tahu yang aku juga bukanlah sengaja 
mengambil kesempatan atas kekurangannya.

____________________________________________________________

Pada hari yang dijanjikan kak Hafizah muncul bersama suaminya untuk bertemu 
denganku.Kali ini aku yang tiba dulu dan aku duduk di satu sudut restoran yang 
dijanjikan. Bila dia tiba dan menegurku yang ketika itu sedang leka melayari 
intenet melalui telefon bimbit aku jadi kelu dan teramat terkedu. Dunia aku 
rasakan seakan berhenti berputar. Suaminya ialah abang Firdaus. Kecilnya 
dunia. Abang Firdaus juga kelihatan berubah airmukanya. Aku rasa macam 
nak lari saat itu juga. Tapi kemana.....

Setelah seketika suasana senyap, akhirnya aku dapat mengawal diri. Abang 
Firdaus pun aku tengok buat macam tak kenal je dengan aku. Tapi dalam hati 
aku dah buat keputusan untuk membatalkan saja apa yang telah kami 
bincangkan sebelum ini. 
"Akak tengok Fatin macam tertekan. Kita cuma nak kenal-kenal aje kan." 
Akhirnya kak Zah bersuara. 
Aku angguk sambil hulurkan senyum tawar, sikit pun tak ada manisnya. Dalam 
hati aku hanya Allah saja yang tahu. 
"Kita order makan yer." Kak Zah bersuara lagi sambil melambai kearah pelayan.
"Mira nak makan apa?" Hanya kak Zah yang bersuara setakat ni. Abang Firdaus 
pun senyap je. Apa agaknya yang ada dalam hatinya.
"You sedar tak apa yang you dah buat ni?" Baru aku dengar abang Firdaus bersuara, 
suara yang menggambarkan rasa tak puas hati. Tapi aku langsung tak berani 
memandang wajahnya.
"Tadi you kata laparkan. Kita makan dulu, apa-apa hal kita bincang kat rumah, ok?" 
Itu jawapan kak Zah. Jawapan yang aku kira tidak menepati soalan.
Aku langsung tak berselera untuk makan, abang Firdaus pun aku tengok macam 
nak tak nak saja. Hanya Kak Zah yang bersahaja makan, agaknya dia dah 
senang hati setelah menemukan suaminya dengan bakal isteri kedua aka 
madunya. Apa agaknya yang ada dalam fikirannya. Sesekali aku pandang 
sekilas pasangan didepanku ini. Teringat saat-saat aku selalu makan berdua 
dengan abang Firdaus. Keadaannya sangat berbeza. Dengan aku abang 
Firdaus macam caring je, selalu je nak rasa apa yang ada dalam pinggan 
aku. Sengaja dia order makanan yang berlainan denganku, lepastu dengan 
selamba dia akan mintak. Dengan isterinya tak pulak, agaknya sebab aku 
ada kot. Ah! Lantak dia lah. Tapi kalau dia makan berkongsi apa aku akan 
rasa yer. Jeles ke? Aku sendiri tak pasti dengan perasaan aku sekarang. 
"Fatin?" Tersentak aku. Abang Firdaus panggil aku.
"You! kenapa panggil Fatin? Mira kan." kak Zah menegur.
"Fatin Amira kan, apa salahnya I panggil Fatin." Abang Firdaus mempertahankan 
pendiriannya sebelum menyambung.
"Kenapa tak makan, tak selera lepas tengok muka abang?"
"You ni kenapa tanya macam tu? Kan I dah cakap nanti kita bincang kat rumah. 
Sekarang cuma sesi suaikenal je kan."
"Suaikenal kenal mestila bercakap dan bertanya, ni I langsung tak dengar suara 
dia. Kot la you carikan yang bisu ke." 
Amboi! sampai hati abang Firdaus cakap aku bisu. Ini sudah lebih. Aku beranikan 
diri untuk pandang wajahnya. Dia angkat kening dengan maksud 'kenapa'.
"Fatin ada hal." Teragak-agak aku bersuara. "Boleh Fatin mintak diri dulu?"
Aku nampak muka tak puas hati abang Firdaus. Kak Zah pulak tersenyum sambil mengangguk. Aku tanpa membuang masa terus berdiri dan cabut cepat-cepat.
Fuhhh...lega.

Keputusan dah aku buat, namun cara untuk menyampaikan 
saja yang aku belum tau. Apa anggapan dia orang padaku nanti...

No comments: