Protected by Copyscape Duplicate Content Detection Tool

Saturday, February 2, 2013


Sayang, bukan 'Ibu Tumpang' (Part 9)

Seperti yang dijanjikan hujung minggu aku pulang ke kampung 
membawa abang Firdaus menemui ibu.Pada awalnya ibu amat 
tidak bersetuju memandangkan dia sudah beristeri. Ibu mana 
yang sanggup anaknya hidup bermadu, namun entah apa yang 
abang Firdaus katakan akhirnya ibu dengan senang hati melepaskan 
aku untuk hidup bersamanya. Aku pun bukan mengharap sangat ibu 
merestuinya. Lebih baik kalau ibu tidak bersetuju, hatiku memang 
mengharap sebegitu. Tiada lagi cara lain untuk aku melepaskan diri 
dari semua ini. Namun bila ibu telah menerima abang Firdaus sebagai 
bakal menantu, aku tau inilah yang terpaksa aku lalui. Ibu pula tak perlu 
tahu yang anaknya ini hanya berkahwin untuk mendapatkan wang 
bayai perubatannya dan untuk memberikan zuriat pada abang firdaus.
Minggu berikutnya abang Firdaus membawa emaknya pula menemui 
ibu, tapi ketika itu aku tidak turut menyertainya kerana ada urusan kerja 
yang tak boleh ditinggalkan. Aku akan pulang sendirian pada minggu 
berikutnya.

Kita hanya merancang, namun Allah yang menetukan segalanya. 
Pagi itu waktu aku baru memulakan kerja sesuatu yang tak terduga  
telah terjadi pada ibu. Aku dikejutkan dengan panggilan dari Mak Nah, 
jiran ibu yang sering membantu selama ini. Aku dikhabarkan ibu jatuh 
dan kini sedang dirawat dihospital. Tanpa berfikir panjang aku terus 
memohon cuti kecemasan dan mengambil keputusan  memandu 
pulang ke kampung. Dari KL ke Teluk Intan hanya mengambil masa 
kira-kira dua jam setengah jika melalui lebuhraya. Tempat yang akan 
aku tuju adalah Hospital Teluk Intan kerana ibu berada disana.

Sampai saja dihospital aku dimaklumkan ibu telah dimasukkan ke 
Unit Rawatan Rapi(ICU) dan tidak dibenarkan melawat. Namun aku 
merayu dan setelah dimaklumkan yang aku ini anaknya doktor 
membenarkan aku melihat namun cuma sekejap saja. Lagipun 
keadaan ibu masih kritikal dan tidak sedarkan diri. Aku terus setia 
menunggu diluar ICU. Mak Nah dan suaminya Pak Salim memohon 
untuk pulang.
"Mira dah ada ni Mak Nah balik dulu yer. Esok Mak Nah datang lagi. 
InsyaAllah." Kata mak Nah sambil memegang tanganku.
Aku angguk beberapa kali sambil menahan airmata dari mengalir.
"Terima kasih banyak. Mak Nah balik la rehat. Kalau ibu sedar nanti
 Mira telefon mak Nah." Kataku menyedapkan hatinya dan hatiku sendiri.
Kami berpelukan sebelum mak Nah berlalu.

Ketika aku bersendirian di bilik menunggu ICU telefon berdering sekali 
lagi. Sebenarnya sedari aku memandu tadi entah dah berapa kali 
berbunyi namun aku biarkan saja. Aku hanya fokus pada pemanduan
dan fikiran hanya ingin cepat sampai ke destinasi.
"Assalamualaikum, Fatin kat mana ni sayang." Kelam kabut suara 
abang Firdaus. Agaknya dia ingat aku lari setelah menerima wang 
pendahuluan dari isterinya sampai panggil aku sayang. Agak jahat 
andaian aku padanya.
"Waalaikum salam. Fatin kat kampung, ibu sakit."
"Kenapa tak beritahu abang? Fatin balik bila? Sendiri ke?" 
Banyaknya soalan.
"Tak sempat nak beritahu abang, Fatin kelam kabut tadi." 
Aku tak jawab semua.
"Abang datang sana yer." katanya seperti meminta izin.
"Tak payah la, Fatin pun kat hospital ni."
"Ibu macam mana?"
"Ibu kat ICU, tak sedar lagi.Fatin pun tengok sekejap je tadi, doktor 
tak benarkan." Aku dah mula menangis.
"Fatin." dia memanggil. Aku tak mampu nak bersuara. Akhirnya 
aku tutup telefon.
Tak lama kedengaran nada sms, aku buka.
~Abang akan cuba datang secepat mungkin. Sayang sabar yer.
Aku biarkan sms tanpa membalas. 
Sejak berjumpa  tempuh hari abang Firdaus memang memanggil
'ibu'. Kini aku pula sering dipanggil 'sayang'. Dengan sikapnya
yang begitu prihatin, aku takut seandainya jatuh cinta nanti. Aku
harus ingat tujuan perkahwinan ini, dan tak mahu andai perasaan
cinta hadir aku yang akan kecewa nanti.

Sehingga lewat malam aku masih menunggu dihospital, takut 
pulak nak balik sorang-sorang. Akhirnya aku mengambil keputusan 
untuk balik lepas subuh keesokan paginya. Berehat sekejap 
sebelum kehospital semula pada waktu tengahari.



Di rumah sedang aku berehat sementara menunggu tengahari
untuk ke hospital semula dapat panggilan dari abang Firdaus.
"Assalamualaikum, Fatin kat mana? Fatin ok?"
"Waalaikum salam. Fatin kat rumah, jap gi nak pergi hospital."
"Abang on the way ni, dalam satu jam sampai la. Abang terus 
kehospital ye, jumpa Fatin kat sana."
Betul-betul abang Firdaus datang. 
"Fatin?"
"Ok, ok nanti jumpa kat sana." dah jadi gagap pulak aku ni.









Sampai hospital abang Firdaus dah siap tunggu berhampiran
pakir kereta. Nampak je terus dia menghampiri aku. Waktu tu
baru pukul 12.00 tengahari. Ada setengah jam lagi baru boleh 
masuk melawat. ICU ni bukan macam ward lain. Kawalan agak 
ketat, waris terdekat pun hanya boleh melawat pada waktu
yang ditetapkan.

Abang Firdaus ajak aku ke kantin hospital, minum sementara
tunggu waktu melawat.
"Abang datang sorang ke?"
"Ha'ah, abang cuti tiga hari temankan Fatin jaga ibu."
"Terima kasih, tapi tak perlu la abang susahkan diri macam ni."
"Cuti abang banyak, tak susah pun." katanya.


Sampai di 'bilik menunggu' ICU ramai juga waris pesakit yang
menunggu giliran untuk melawat. Hanya dua orang dibenarkan 
untuk sekali masuk bagi seorang pesakit. Kelihatan Mak Nah
dan suaminya serta dua tiga orang kampung yang ingin melawat 
ibu. Aku hampiri Mak Nah, bersalam dan memeluknya sambil
mengucapkan terima kasih. Abang Firdaus juga bersalam
dengan suami Mak Nah. Entah sebagai apa dia kenalkan dirinya.
Apa pulak anggapan orang kampung pada dirinya. Aku ni dulu
bukannya peramah sangat dengan orang kampung. Hanya 
dengan Mak Nah saja aku selalu bertegur sapa, sebab dia
jiran yang paling dekat dan sering menghantar makanan ke
rumah ibu lebih-lebih lagi bulan puasa. Ada je juadah yang
dimasaknya.
Aku ni dari tingkatan satu tinggal diasrama,jadi memang kurang
mengenali jiran yang sebaya. Kawan-kawan sekolah rendah pun
masing-masing dah ada haluan sendiri.
Tiba giliran aku masuk bersama abang Firdaus, sengaja aku
mengambil giliran yang akhir sebab nak berlama-lama sikit
dengan ibu. Sampai saja di tepi katil ibu aku dah tak dapat
menahan sebak. Kaki aku terasa lemah hendak melangkah.
Abang Firdaus memegang kedua bahuku dan memimpin 
menghampiri ibu sambil berbisik memberikan kata-kata
semangat. Ini lah kali pertama dia menyentuhku, itu pun dalam 
dalam keadaan berlapik. Ketika itu aku hanya memikirkan
ibu. Aku tak sanggup kehilangannya, aku tak punya siapa-siapa
kecuali ibu....