Protected by Copyscape Duplicate Content Detection Tool

Wednesday, May 29, 2013

Sayang, bukan 'Ibu Tumpang'  (Part 12)

Kemana pun aku lari andai telah ditetapkan jodohku tak mungkin
aku dapat mengelak. Seperti kali pertama setelah aku mengetahui
bahawa lelaki itu adalah dia, kali kedua juga keadaan tetap sama.
Aku tak dibenarkan untuk menolak, sebanyak mana pun alasan yang
kuberikan, tetap tidak boleh diterima. Akhirnya aku terpaksa rela.


Betapa segala yang berlaku adalah aturan yang telah di tentukan.
Segalanya indah dan ada hikmah yang tersembunyi.
Muhammad Faiz Aiman bin Muhammad Firdaus, cahayamata
tanda kasih aku dan abang Firdaus lahir selepas empat puluh 
minggu aku bergelar isteri. Suamiku ini sentiasa menemani
sepanjang masa dari awal kehamilan hingga buah hati kami ini
selamat dilahirkan. Apakah dengan kelahiran ini juga akan 
menjadi penamat kepada hubungan kami.

________________________________________________


Terleka aku dalam mengimbau kisah lama. Habis sahaja makan

bersama setelah berpisah dulu, kini abang Firdaus membawa aku
terus kehospital. Aku dan kak Zah dibiarkan bersendirian selama
beberapa ketika sebelum abang Firdaus menghantar aku pulang
kerumah yang baru dibelinya. Sebelum pulang kami singgah dirumah
mummy kak Zah untuk mengambil Aiman yang ditinggalkan bersama
orang gajinya.

"Home sweet home sayang. Rumah kita, abang tak nak sayang 
ingat kenangan pahit rumah lama tu."
"Tapi ada juga kenangan manisnya kan?" Aku cuba tidak 
menunjukkan kesedihan.
"Takut yang pahit sayang ingat lebih." Katanya sambil memegang 
pipiku. Aku buat muka tak ada perasaan.
"Jom kita masuk." Dia bawa beg dan sebelah tangannya memeluk 
bahuku. 
"Bila abang beli rumah ni, tak bagitau pun?"
"Dekat setahun, masa Aiman belum lahir lagi. Ingatkan nak buat 
surprise bila dah siap, tapi lain pulak jadinya."
Aku beri senyuman padanya. "Surprise la jugak ni." 




Biar apa pun yang pernah dia lakukan
padaku sedikit pun aku tak kan berdendam atau 
menyalahkannya. Aku sedia membantu apa saja untuk
tidak terlalu membebankan suamiku. 
"Terima kasih sayang, kembali pada abang."
Aku berikan senyuman yang paling manis. Malas nak
bersuara. Ketika itu aku berada dibilik baru lepas 
menidurkan Aiman. Dah besar anakku dan keletahnya
yang sudah pandai ketawa buat aku rasa nak menangis.
Enam bulan aku tinggalkan, abang Firdaus kata dia 
susah untuk menerima susu formula. Dia tak tau 
betapa aku terseksa bila air susu yang terlalu
banyak tidak dapat dikeluarkan dan aku demam.
"Kasihan Aiman, sebab sikap terburu-buru papa, dia
hilang belaian tangan mama."Katanya pada Aiman yang 
sedang tidur. Aku tau ia lebih ditujukan padaku.
"Papa, kita lupakan. Sekarang kan mama dah balik."
Kataku seolah-olah Aiman yang memberitahunya.
Dia senyum tapi matanya berkaca.
"Maafkan abang sayang."
"Fatin dah lama maafkan abang, kalau abang tak mintak
pun kemaafan tu dah lama Fatin beri. Syurga Fatin kan
dibawah redha abang."
Dia melingkarkan tangannya ke pinggang ku, dahiku di
cium lama. 
"Terima kasih sayang."

Malam tu kami berbaring dengan Aiman ditengah katil.
Meng'update cerita sepanjang enam bulan tidak bersama.
Sungguh aku tidak menyangka kak Zah sanggup memberi
aku ubat tidur dan mengupah lelaki untuk membuat abang
Firdaus salah sangka. Suami mana yang tidak kecewa bila
balik dari kerja nampak lelaki lain keluar dari bilik tidur 
isterinya. Bukan juga abang Firdaus menuduh tanpa
usul periksa. Dicari lelaki itu dan ternyata cerita fitnah
yang di bawa boleh buat sesiapa pun akan percaya.
Lelaki itu mengaku bahawa aku kekasihnya sejak dari
zaman belajar dulu. Selepas melahirkan anak aku akan
kembali padanya. Bukan hanya dengan kata-kata tapi
beserta gambar aku dan dia yang kelihatan sangat mesra.
Selepas aku pergi baru abang Firdaus membawa gambar
tu untuk disahkan sama ada betul atau tidak. Dan 
keputusannya berpihak padaku. Aku tak bersalah, gambar itu sengaja diadakan untuk menghianati aku.
Disebabkan kak Zah terlibat dan mengaku
serta memohon maaf kes ini tak jadi dipanjangkan.
"Nasib baik gambar tu abang ambil kan, kalau tak
mesti sampai sekarang…"
Abang Firdaus meletakkan jarinya ke bibirku.
"Jangan sebut lagi, mulai sekarang abang nak bahagiakan
sayang sampai sayang lupa kekecewaan dulu."
Aku angguk kepala dan senyum padanya.

Kini baru aku tahu punca sebenar kenapa abang Firdaus marah benar hingga terjadinya perpisahan kami. Selama ini aku kira segalanya kerana mengikut perjanjian dulu. Setelah cukup dua bulan usia Aiman aku seharusnya pergi meninggalkan mereka.

"Sayang! termenung lagi. Abang kat depan mata pun sayang entah dah sampai mana." Termalu aku dengan sapaannya. 
"Eh! Abang tak ke hospital ke malam ni." Soalan nak tutup kekalutan dalam diri aku sebenarnya.
"Tak sayang, dia orang suruh abang rehat. Malam ni 
adik kak Zah nak jaga." 
"Kalau macam tu tidur la."
Aku letakkan tapak tangan ke pipinya, dia pegang belakang 
tapak tanganku membawa kebibir dan mengucupnya.
"Abang rindu."
Sungguh, aku juga amat merinduinya…









Wednesday, April 17, 2013

Sayang, bukan 'Ibu Tumpang' (Part 11)

Jam empat pagi aku dikejutkan dengan suara lantang 

pengawal  ICU yang mencari waris ibu. Abang Firdaus
segera 
menghampiri.   
"Fatin, tabahkan hati. Ingat Allah, terima yang berlaku
dengan redha. 
 Abang sentiasa ada disisi  Fatin."
Kami dibenarkan masuk dan bacakan surah Yassin buat ibu.
Aku dekati kepala ibu dan bisikkan 'Kalimah Syahadah'
di telinga. 
Abang Firdaus baca Yassin disisi katil bertentangan
dengan
 ku. 
Aku pegang kaki ibu yang sejuk. Jari-jari tangan ibu juga sejuk. 
Aku pandang dadanya yang berombak agak kuat. Dahi dan 
bawah mata ibu berpeluh. Bulu romanya menegak bermula
dari pergelangan dan terus ke lengan. Kakiku seolah tidak
menjejak 
tanah dan berada di awangan. Aku tak sedar…
Aku nampak ibu berdiri dihadapanku sambil tersenyum. Wajah 
ibu bercahaya, aku tutup mata(silau). Kemudian aku nampak 
abah, ibu senyum pada abah. Abah pimpin tangan ibu dan
tinggalkan 
aku. Aku jerit panggil ibu, panggil abah. Ibu
berpaling, 
tersenyum  sambil gelengkan kepala. Aku sedih
sangat dan menangis. 
Abah  dan ibu tinggalkan aku sorang-
sorang……
Aku menangis dan  terus menangis……
Aku mendengar nama ku dipanggil perlahan, terasa juga pipiku 
ditepuk-tepuk. Bila mata terbuka je mak Nah ada didepanku. 
Kami berpelukan dan menangis. Mak Nah pimpin aku ke 
surau  untuk menunaikan solat subuh.  Usai solat mak Nah
hampiri aku.
"Mira sabar ye, tak baik menangis macam ni. Kalau Mira  
sayang  ibu, Mira kena redha. Biar ibu pergi dengan  tenang." 

Aku dah tak boleh nak fikir atau cakap apa-apa.
Aku diam dan angguk saja, dalam hati hanya Tuhan yang tau.
Aku kehilangan satu-satunya insan yang paling aku sayang.
Aku dah tak punya siapa-siapa lagi.

Tidak jauh dari tempat aku dan mak Nah kelihatan abang Firdaus 
sedang bercakap sesuatu dengan Pak Salim suami mak Nah.
Mak Nah cakap nak pihak hospital buat urusan mandi dan 
kafan jenazah sekali. Lepas kafan nanti terus bawa ke masjid
kampung dan terus kebumi. Orang kampung dah diberitahu
untuk semua urusan tu. Menguruskan jenazah kena segera,
tak baik kalau dilengah-lengahkan.

Sebelum zohor semua urusan telah selesai. Apa yang dapat
aku katakan perasaan aku seperti sangat sunyi. Aku duduk
diberanda rumah ibu. Aku suka duduk disini dengan ibu dulu,
bercerita apa saja. Semuanya terbayang bagai layar di
hadapan ku. Kata-kata ibu yang lembut, gelak tawanya tak
kan menemaniku lagi.
Terlalu cepat ibu pergi meninggalkan aku. Walaupun sedih namun
aku redha. Ibu dah lama menderita sakit. Sampai satu tahap ibu 
sudah tidak mahu bergantung pada mesin. Allah telah menjemput
ibu kembali kepadaNya.




Kelihatan keretaku masuk kehalaman rumah, berhenti dan
abang Firdaus keluar dari bahagian pemandu. Dia senyum 
dan hulurkan kunci padaku. 
"Abang mintak tolong budak-budak moto kat kat depan tu
hantar abang kehospital tadi."
Pandai dia, pagi tadi dia tak benarkan aku memandu sendiri
keretaku. Dia kata biarkan dulu nanti dia uruskan.
"Terima kasih banyak, tak terbalas budi baik abang."
"Tanggungjawab sesama kita, mana tau nanti abang perlukan
bantuan Fatin pulak."
"Apalah yang boleh Fatin bantu."
"Kita tak tau apa akan berlaku masa depan. Dah la jangan 
fikir bukan-bukan. Malam ni diorang nak buat 'tahlil' kat surau.
Abang dah minta tolong mak Nah uruskan makanan."
Aku tak  teringat langsung pasal kenduri.
Abang Firdaus menyambung kata.
"Buat tahlil tiga malam guna duit orang sedekah tadi, 
mak Nah kata cukup."
Lega hati ku dengar, ingatkan Abang Firdaus yang 
keluarkan belanja tadi.
Usai majlis tahlil malam tu abang Firdaus kembali ke hotel.
Mak Nah temankan aku tidur dirumah ibu. Biarpun aku sudah
meyakinkan mereka yang aku tak apa-apa tapi tetap tidak
dibenarkan tidur sendirian. Mungkin mak Nah pun risau,
takut abang Firdaus tidur di rumah kot. Mana lah tau kan...
Tapi aku yakin abang Firdaus bukan jenis yang begitu.

Teringat ketika tanpa sengaja aku telah terdengar perbualan
telefonnya dengan seseorang petang itu. Pasti dengan kak
Zah, isterinya.
"I kat kampung Mira, ibunya meninggal."
Senyap, agak lama.
"Kan I dah inform you semalam, meninggal pagi tadi. Esok
baru I balik KL."
Diam lagi. Pasti mendengar kata-kata orang disana.
"Bukan ini yang you nak sangat ke? I sekadar menjalankan
tanggungjawab sebagai bakal suami. Salah ke?"
Diam lagi.
"I tau la. Esok I balik kita settle."
Tanpa salam perbualan ditamatkan.

Aku sudah membuat keputusan membatalkan untuk kali yang
kedua. Ibu sudah tiada, aku tak perlukan duit yang banyak lagi.
Deposit yang dah diterima akan aku pulangkan semula. Aku belum
usik pun duit tu. Biar apa sekalipun reaksi mereka aku tak peduli.








Friday, March 22, 2013

Sayang, bukan 'Ibu Tumpang' (Part 10)

Seorang jururawat datang menghampiri.
"Adik ni anak pesakit ke?"
Aku angguk saja
"Doktor nak jumpa nanti".
Setelah jururawat tadi berlalu aku pandang wajah abang Firdaus.
"Abang temankan ye?"
Aku angguk lagi, rasanya jika seorang aku tak kuat untuk hadapi
apa yang doktor akan katakan nanti.
Selepas solat zohor di surau hospital abang Firdaus mengajak aku
duduk di taman yang berhampiran. Mulanya dia mengajak makan
tapi aku mengatakan tak ada selera. Teringat kata-kata doktor tadi.
"Keadaan ibu puan sangat kritikal, kami hanya mencuba. Yang 
selebihnya kita serah pada Allah. Banyak-banyakkan berdoa. Apa
yang terjadi saya harap puan tabah ye."
Dari ayatnya tadi kita dah boleh agak yang dia mahu kita bersiap
sedia. 

"Abang cakap apa masa nak masuk bilik doktor tadi?" Aku bertanya bila teringat doktor memanggil aku 'puan' tadi.
Dia senyum meleret…
"Adalah…"  
"Tak pe, tak nak bagitau."
"Bukan tak nak bagitau, belum masa nak bagitau."
Aku angkat bahu."Sama lah tu."
"Tak sama. Jom la kita makan, abang lapar la. Fatin pun kena makan,
nanti Fatin sakit susah. Abang cuti tiga hari je, nanti sapa jaga Fatin."
Nak mengelat la tu, Saja ubah topik.
"Fatin boleh jaga diri sendiri".
"Ye la, sape la abang ni kan."
Aku turutkan langkahnya menuju ke café hospital. Dia orderkan
aku 
nasi goreng padprik dan dia nasi goreng kampung. Aku 
makan  separuh dah rasa kenyang. Memang selalu macam tu,
lebih-lebih lagi dalam keadaan macam ni. 
Dia ambil lauk
padprik aku dan makan dengan
  nasi goreng kampungnya.    
Lepas makan kami solat asar dulu baru naik ke ward, nanti
boleh 
 tunggu sampai habis waktu melawat.  Ada juga dua
tiga orang
  kampung yang nak melawat ibu. Aku bersalam
pada yang
  perempuan, abang Firdaus juga bersalam dengan
yang lelaki.

Seperti tadi aku beri laluan pada kawan-kawan ibu
untuk melawatnya. Bila aku nak masuk pengawal segera 
menahan, dia kata doktor sedang merawat ibuku. Kelihatan
doktor tadi tergesa-gesa berjalan masuk ke ward. Hatiku dah 
tak keruan. Abang Firdaus dudukkan aku di kerusi yang ada.
Hatiku tak sedap nak meninggalkan ibu, jadi malam tu aku duduk
kat hospital. Abang Firdaus pun berkeras nak menemankan aku.
Aku suruh dia tidur di hotel berhampiran dia tak mahu.Lantak 
dia la.
Lepas solat isyak aku cuba melelapkan mata sambil duduk
di sofa. Tengah malam aku terjaga, tengok abang Firdaus 
tak ada. Aku rasa macam lain(tak sama macam masa mula tidur 
tadi. Rupanya aku berselimut dengan jeket abang Firdaus. Tapi
dia pergi mana. 
Pintu terkuak dari luar, abang Firdaus masuk dengan dua cawan
air panas. Beli kat mesin kat lobi la tu. Dia hulur satu pada aku.
Coklat panas, aku sisip perlahan. Segar sikit rasa mata. 
Sesekali aku pandang wajah abang Firdaus dari sisi.
'Kenapa dia begitu ambil berat pasal aku, sanggup susah
payah sampai ke tahap ini. Mungkin sebab aku calon yang akan
melahirkan anaknya.' 
Bila mata kami bertentang dia senyum. Kantoi sudah…
"Kenapa pandang abang, hensem erk."
"Perasan."
Aku kata sambil senyum. Tapi memang hensem pun. Masa
accident hari tu aku ingatkan Fahrin Ahmad. Adalah iras-iras.
Tapi yang ni versi gelap, gelap sikit. Hahaha….
Aku betul-betul menghargai kehadirannya, yang begitu tepat pada
masa. Kalau tak ada dia aku tak tau nak menghadapi keadaan
seperti ini seorang diri. Betapa dia dapat memberi semangat dan
ada kalanya boleh buat aku tersenyum serta melupakan sejenak
kesedihan ini. Tutur katanya sentiasa membuat aku merasa
senang.

Teringat kata-katanya waktu di taman petang tadi.
"Fatin memang macam ni yer, pendiam, suka pendam perasaan
sorang-sorang."
"Dah terbiasa kot, mungkin sebab Fatin tak ada adik beradik."
"Sekarang Fatin dah ada abang. Jangan anggap abang macam 

orang luar.Nak balik kampung semalam pun langsung tak inform 
abang." Abang Firdaus seperti jauh hati.
Biarlah dia, sekarang bukan masa untuk melayan hati dan perasaan.
Namun aku tetap tersentuh dengan keperihatinan yang diberikan.



















Saturday, February 2, 2013


Sayang, bukan 'Ibu Tumpang' (Part 9)

Seperti yang dijanjikan hujung minggu aku pulang ke kampung 
membawa abang Firdaus menemui ibu.Pada awalnya ibu amat 
tidak bersetuju memandangkan dia sudah beristeri. Ibu mana 
yang sanggup anaknya hidup bermadu, namun entah apa yang 
abang Firdaus katakan akhirnya ibu dengan senang hati melepaskan 
aku untuk hidup bersamanya. Aku pun bukan mengharap sangat ibu 
merestuinya. Lebih baik kalau ibu tidak bersetuju, hatiku memang 
mengharap sebegitu. Tiada lagi cara lain untuk aku melepaskan diri 
dari semua ini. Namun bila ibu telah menerima abang Firdaus sebagai 
bakal menantu, aku tau inilah yang terpaksa aku lalui. Ibu pula tak perlu 
tahu yang anaknya ini hanya berkahwin untuk mendapatkan wang 
bayai perubatannya dan untuk memberikan zuriat pada abang firdaus.
Minggu berikutnya abang Firdaus membawa emaknya pula menemui 
ibu, tapi ketika itu aku tidak turut menyertainya kerana ada urusan kerja 
yang tak boleh ditinggalkan. Aku akan pulang sendirian pada minggu 
berikutnya.

Kita hanya merancang, namun Allah yang menetukan segalanya. 
Pagi itu waktu aku baru memulakan kerja sesuatu yang tak terduga  
telah terjadi pada ibu. Aku dikejutkan dengan panggilan dari Mak Nah, 
jiran ibu yang sering membantu selama ini. Aku dikhabarkan ibu jatuh 
dan kini sedang dirawat dihospital. Tanpa berfikir panjang aku terus 
memohon cuti kecemasan dan mengambil keputusan  memandu 
pulang ke kampung. Dari KL ke Teluk Intan hanya mengambil masa 
kira-kira dua jam setengah jika melalui lebuhraya. Tempat yang akan 
aku tuju adalah Hospital Teluk Intan kerana ibu berada disana.

Sampai saja dihospital aku dimaklumkan ibu telah dimasukkan ke 
Unit Rawatan Rapi(ICU) dan tidak dibenarkan melawat. Namun aku 
merayu dan setelah dimaklumkan yang aku ini anaknya doktor 
membenarkan aku melihat namun cuma sekejap saja. Lagipun 
keadaan ibu masih kritikal dan tidak sedarkan diri. Aku terus setia 
menunggu diluar ICU. Mak Nah dan suaminya Pak Salim memohon 
untuk pulang.
"Mira dah ada ni Mak Nah balik dulu yer. Esok Mak Nah datang lagi. 
InsyaAllah." Kata mak Nah sambil memegang tanganku.
Aku angguk beberapa kali sambil menahan airmata dari mengalir.
"Terima kasih banyak. Mak Nah balik la rehat. Kalau ibu sedar nanti
 Mira telefon mak Nah." Kataku menyedapkan hatinya dan hatiku sendiri.
Kami berpelukan sebelum mak Nah berlalu.

Ketika aku bersendirian di bilik menunggu ICU telefon berdering sekali 
lagi. Sebenarnya sedari aku memandu tadi entah dah berapa kali 
berbunyi namun aku biarkan saja. Aku hanya fokus pada pemanduan
dan fikiran hanya ingin cepat sampai ke destinasi.
"Assalamualaikum, Fatin kat mana ni sayang." Kelam kabut suara 
abang Firdaus. Agaknya dia ingat aku lari setelah menerima wang 
pendahuluan dari isterinya sampai panggil aku sayang. Agak jahat 
andaian aku padanya.
"Waalaikum salam. Fatin kat kampung, ibu sakit."
"Kenapa tak beritahu abang? Fatin balik bila? Sendiri ke?" 
Banyaknya soalan.
"Tak sempat nak beritahu abang, Fatin kelam kabut tadi." 
Aku tak jawab semua.
"Abang datang sana yer." katanya seperti meminta izin.
"Tak payah la, Fatin pun kat hospital ni."
"Ibu macam mana?"
"Ibu kat ICU, tak sedar lagi.Fatin pun tengok sekejap je tadi, doktor 
tak benarkan." Aku dah mula menangis.
"Fatin." dia memanggil. Aku tak mampu nak bersuara. Akhirnya 
aku tutup telefon.
Tak lama kedengaran nada sms, aku buka.
~Abang akan cuba datang secepat mungkin. Sayang sabar yer.
Aku biarkan sms tanpa membalas. 
Sejak berjumpa  tempuh hari abang Firdaus memang memanggil
'ibu'. Kini aku pula sering dipanggil 'sayang'. Dengan sikapnya
yang begitu prihatin, aku takut seandainya jatuh cinta nanti. Aku
harus ingat tujuan perkahwinan ini, dan tak mahu andai perasaan
cinta hadir aku yang akan kecewa nanti.

Sehingga lewat malam aku masih menunggu dihospital, takut 
pulak nak balik sorang-sorang. Akhirnya aku mengambil keputusan 
untuk balik lepas subuh keesokan paginya. Berehat sekejap 
sebelum kehospital semula pada waktu tengahari.



Di rumah sedang aku berehat sementara menunggu tengahari
untuk ke hospital semula dapat panggilan dari abang Firdaus.
"Assalamualaikum, Fatin kat mana? Fatin ok?"
"Waalaikum salam. Fatin kat rumah, jap gi nak pergi hospital."
"Abang on the way ni, dalam satu jam sampai la. Abang terus 
kehospital ye, jumpa Fatin kat sana."
Betul-betul abang Firdaus datang. 
"Fatin?"
"Ok, ok nanti jumpa kat sana." dah jadi gagap pulak aku ni.









Sampai hospital abang Firdaus dah siap tunggu berhampiran
pakir kereta. Nampak je terus dia menghampiri aku. Waktu tu
baru pukul 12.00 tengahari. Ada setengah jam lagi baru boleh 
masuk melawat. ICU ni bukan macam ward lain. Kawalan agak 
ketat, waris terdekat pun hanya boleh melawat pada waktu
yang ditetapkan.

Abang Firdaus ajak aku ke kantin hospital, minum sementara
tunggu waktu melawat.
"Abang datang sorang ke?"
"Ha'ah, abang cuti tiga hari temankan Fatin jaga ibu."
"Terima kasih, tapi tak perlu la abang susahkan diri macam ni."
"Cuti abang banyak, tak susah pun." katanya.


Sampai di 'bilik menunggu' ICU ramai juga waris pesakit yang
menunggu giliran untuk melawat. Hanya dua orang dibenarkan 
untuk sekali masuk bagi seorang pesakit. Kelihatan Mak Nah
dan suaminya serta dua tiga orang kampung yang ingin melawat 
ibu. Aku hampiri Mak Nah, bersalam dan memeluknya sambil
mengucapkan terima kasih. Abang Firdaus juga bersalam
dengan suami Mak Nah. Entah sebagai apa dia kenalkan dirinya.
Apa pulak anggapan orang kampung pada dirinya. Aku ni dulu
bukannya peramah sangat dengan orang kampung. Hanya 
dengan Mak Nah saja aku selalu bertegur sapa, sebab dia
jiran yang paling dekat dan sering menghantar makanan ke
rumah ibu lebih-lebih lagi bulan puasa. Ada je juadah yang
dimasaknya.
Aku ni dari tingkatan satu tinggal diasrama,jadi memang kurang
mengenali jiran yang sebaya. Kawan-kawan sekolah rendah pun
masing-masing dah ada haluan sendiri.
Tiba giliran aku masuk bersama abang Firdaus, sengaja aku
mengambil giliran yang akhir sebab nak berlama-lama sikit
dengan ibu. Sampai saja di tepi katil ibu aku dah tak dapat
menahan sebak. Kaki aku terasa lemah hendak melangkah.
Abang Firdaus memegang kedua bahuku dan memimpin 
menghampiri ibu sambil berbisik memberikan kata-kata
semangat. Ini lah kali pertama dia menyentuhku, itu pun dalam 
dalam keadaan berlapik. Ketika itu aku hanya memikirkan
ibu. Aku tak sanggup kehilangannya, aku tak punya siapa-siapa
kecuali ibu....