Protected by Copyscape Duplicate Content Detection Tool

Monday, January 14, 2013


Sayang, bukan 'Ibu Tumpang' (Part 8)

Malamnya aku terima sms dari abang Firdaus.
~abg kat bwh, turun skrg.
Dalam aku berfikir satu lagi sms masuk.
~klu Fatin x turun abg naik.
Wah! ini sudah lebih. Aku  segera balas.
~otw...

Sampai saja dia bukakan pintu sebelah pemandu dari dalam, aku masuk dan dia terus memecut. Sampai bukit langat dia berhentikan kereta tepi jalan, turun dan mengisyratkan aku juga berbuat begitu. Aku turut langkahnya dari belakang. Kami duduk diatas batu yang ada disitu, menghadap kebawah bukit melihat pemandangan Kuala Lumpur waktu malam. Nampak lampu-lampu je pun.

"Fatin nak makan apa-apa tak?" Lembut suaranya bertanya. Berbeza sungguh dengan siang tadi. Aku geleng kepala. Abang Firdaus bangun dan menuju ke gerai yang ada, kembali dengan dua botol kecil air mineral, sebiji burger dan secawan jagung. Dia hulurkan air dan plastik jagung padaku. 
Dibuka bungkusan burger dan makan, kemudian dia sua ke mulutku. Aku geleng.
"Ada jugak nak kena cium ni karang." Dia dah mula ugut. Benci...
Akhirnya aku gigit juga sikit dan cepat-cepat aku kesat mulut dengan tisu yang ada ditangan. Aku buka botol air dan minum. Dia senyum dan terus makan hingga habis. Lepas tu dia minta air, aku hulur yang belum dibuka tapi laju tangannya mengambil air lebihan yang aku minum tadi.
"Nak jadi isteri kena biasakan la makan, minum kongsi." Aku tak dengar kata-katanya seperti perli.
"Bila nak balik kampung? Abang nak ikut sekali, nak jumpa bakal ibu mertua."Sambungnya lagi sambil senyum. Aku tak tau nak cakap macam mana.
"Se..sebenarnya Fatin tak nak teruskan, Fatin nak batalkan. Bolehkan?" Aku perlu berterus terang sekarang. Selepas pertemuan tadi dari reaksinya aku menyangkakan pasti abang Firdaus menolak, tapi sekarang sebaliknya pula.
"Kenapa? Fatin dapat ofer yang lagi tinggi ke?
"Kenapa tanya macam tu?" Begitu sekali anggapannya padaku..

Dia diam lama sebelum bercerita tentang perbincangan dengan isterinya tadi.

"You dah gila ke? Budak lagi tu. tak kesian ke you dekat dia?"

"Habis you nak I cari yang sebaya dangan nenek I, yang dah monopos? Macam tu? Jangankan nak mengandung dan lahirkan anak, nak tengok pun you tak lalu kan." Panjang lebar isterinya bertanya. Kemudian menyambung semula.
"Dia perlukan duit, ibunya dikampung sakit buah pinggang dan perlu dialisis . You pun tau kan berapa kosnya setiap kali. Dia anak tunggal jadi semua dia perlu tanggung sendiri. Kalau kita bantu dan bagi duit saja you ingat dia akan terima? Jadi biarlah kita bantu dia, dan dia bantu kita. Lepas dapat anak nanti you lepaskan lah dia. Masa tu dia dah boleh hidup senang."

"Senang you cakapkan. Kalau I tak nak lepaskan dia macam mana?  Talak ditangan I, bukan you."

"Kalau you tak nak lepaskan dia, I akan pastikan dia tinggalkan you. Kami dah ada perjanjian bertulis. You hanya perlu tandatangan je. Kalau you tak nak I tak kisah, tapi you perlu ingat dia memang perlukan duit. Mana tau ada orang lain yang ofer macam I, dia akan terima siapa tau kan." 
Nampak isterinya begitu nekad dengan apa yang telah dirancang. Dia juga akan cuba mencari jalan agar perkahwinannya nanti tidak berakhir dengan perceraian.

Abang Firdaus kelihatan tersenyum.
Aku pandang wajahnya dengan rasa pelik.
"Fatin tak boleh batalkan."
"Ta..tapi Fatin." Aku tak tau nak cakap apa.
"Sebelum jumpa Fatin tadi abang dah menolak, abang beritahu kak Zah yang abang dah ada calon sendiri. Tapi kak Zah berkeras mintak abang jumpa Fatin dulu. Kalau lepas jumpa Fatin abang tak berkenan baru dia setuju untuk jumpa calon yang abang ada."
Abang Firdaus dah ada calon yang lain. Memang patut pun kalau dia marah sangat tadi.
"Tapi abang masih boleh teruskan niat abang. Fatin sedia undur diri."
Dia gelengkan kepala. 
"Lepas pertemuan kita bertiga tadi semua dah berubah, kita tetap akan teruskan sebagaimana yang dirancang. Jangan mimpi nak undur diri lagi. Jangan mimpi nak reject abang pulak." Biarpun nada suaranya lembut namun ketegasannya tetap ada.
Betul ke apa yang aku buat ni...
"Sejak Fatin cakap sibuk sangat abang tak berani nak ganggu Fatin, tapi abang selalu perhatikan dari jauh. Lepas maghrib Fatin keluar rumah dengan uniform KFC, setiap malam abang tunggu Fatin balik kerja dan pastikan dah masuk kerumah baru abang balik. Risau abang Fatin balik sorang-sorang tengah malam." 
Patut la..., betul la apa yang aku rasa selama ni.
"Lepas ni dah tak payah la kerja malam lagi. Hujung minggu ni kita balik kampung jumpa ibu. Minggu depan abang bawa mak abang. Dah lewat ni, jom abang hantar balik."

Kami bangun dan beriringan ke kereta. Semakin aku mengelak rupanya dia menjadi semakin dekat...

No comments: